Friday 31 August 2012

TUNANG TANPA SEDAR



Suatu hari di kelas, Lecturer kami tiba - tiba mengutarakan soalan  tentang rukun - rukun tunang. Saya hanya dapat mengulas serba sedikit dalam hati kerana tidak yakin dengan fakta yang sedia ada. Al Maklumlah sudah lama tidak mengulangkaji apatah lagi menyebarkannya. Setelah dicari - cari dan 'blogwalking' akhirnya saya terjumpa dengan blog yang sangat sweet dan membicarakan tentang perkara ini. credit to http://perkongsianyangindah.blogspot.com .. Syukran jazilan ya ukhti.. jazakallahu khairan kathiran.. May Allah bless you.. Amin..



'FIRST POINT : BERTUNANG TANPA SEDAR

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


SECOND POINT : NAK YANG KUKUH ATAU TIDAK?

Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Spesifiknya, adat yang tidak bertentangan dengan syariat. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kaedah syarak. "Al-Adat muhakkamah".

Hukum dan Perlaksanaan Hukum

                “Saya nak bertunang pakai sms. Kata ustaz saya, hukumnya sah. Pakai ibubapa makin menyusahkan saja. Islam itu kan mudah,” kata seorang remaja.
                Ramai remaja terkeliru soal hukum dan soal perlaksanaan hukum. Hukum itu senang diceduk daripada kuliah fikah atau kitab fikah. Perlaksanaan hukum pula perlukan model atau guru.  Buku-buku karangan ulama muktabar kontemporari banyak membantu dalam hal ini.
Bagaimana perlaksanaan hukum yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat? Mereka sangat meraikan hubungan dengan Allah, kepentingan dakwah, kaca mata sosial kemasyarakatan, budaya setempat dan lingkungan zaman.
                Hukum fikah adalah tentang batas minimum. Ada soal lain yang berupa akidah dan akhlak yang perlu diambil kira. Perlaksanaan hukum yang ideal ialah perlaksanaan hukum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek ini.
Akidah Islam meyakini Rasulullah SAW itu contoh terbaik. Selongkarlah kisah pertunangan Nabi SAW. Hampir semua calon isterinya ‘diminta’ dengan perantaraan orang tengah. Ada juga kisah Rasulullah SAW meminang terus kepada janda bernama Ummu Hani’ binti Abu Thalib. Itupun pinangan baginda ditolak. Yang pasti, baginda sangat mendahulukan wali bakal isteri apatah lagi jika bakal isteri itu seorang gadis.
Akhlak Islam pula amat menitik beratkan berbuat baik kepada orang tua (birrul walidain). Birrul walidain dalam soal ini ialah memohon restu, berkomunikasi dengan baik dan memberitahu tanpa berahsia. Sebagai orang tua, mereka sangat ingin menilai dahulu calon menantunya dan memberi buah fikiran.
Jika anda rasa ianya menyusahkan, bayangkan suatu ketika nanti, anak remaja anda pulang dari sekolah kemudian berkata,
“Ayah, mak, saya sudah bertunang. Pakai sms.”
Hmm, susah tak hati anda tika itu?

Analogi Pak Imam Berkain Samping
                Untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang hukum dan perlaksanaan hukum, saya bentangkan beberapa analogi.
                Bayangkan seorang Pak Imam datang ke masjid dengan memakai kain samping yang menutup dari pusat hingga ke lutut. Dia tidak memakai baju. Seluar atau kain pelikat pun tidak dipakai. Kain samping itu sahaja yang dipakainya.
                Makmum asyik berbisik-bisik. Pak Imam tidak peduli. Dia bertakbiratul ihram. Azamnya, dalam kuliah Maghrib nanti, dia akan maklumkan kepada semua bahawa dia melakukan hal itu dengan ilmu hukum fikah.
Segelintir makmum bersolat di belakang dengan kepala berselirat tanda tanya. Dalam solat sebelum ini, mata asyik tertumpu pada tempat sujud. Kali ini, mata mereka nakal membilang bulu roma di betis Pak Imam. Ramai makmum keluar masjid. Menghidupkan kenderaan lalu mencari masjid lain.
Adakah sah solat Pak Imam tersebut?
                Ya, solatnya sah! Dia sudahpun memenuhi tahap minimum menutup aurat. Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Tapi, adakah perbuatannya itu boleh mengundang mudarat dan menendang maslahah?
                Saya percaya, jika situasi ini berlaku, ramai makmum terpaksa berperang habis-habisan dengan jiwa mereka untuk berbaik sangka terhadap tahap ‘kewarasan’ imam tersebut. Meskipun dia melakukan sesuatu yang ‘sah’ namun perlaksanaannya tidak meraikan maslahah (perkara yang mengundang manfaat dan menolak mudarat).

Analogi Ayah Mengahwinkan Kanak-Kanak
                Bayangkan seorang bapa sedang termenung di tangga. Dia risaukan anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Melihat parahnya pergaulan bebas dalam masyarakat, dia terfikir untuk mengahwinkan sahaja anak perempuannya itu. Dia lalu membelek kitab fikah untuk mengkaji tentang rukun nikah dan syarat sahnya.
                Suatu hari, si anak pulang dari sekolah tadika sambil menggalas beg. Tangan kanannya memegang batang aiskrim dan tangan kiri memegang gula-gula berbatang. Hingus meleleh keluar.
Ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki. Apabila kanak-kanak itu tiba, si ayah berkata,
                “Ini suami kamu. Lepas salin baju sekolah nanti, ikut dia,” kata si ayah.
                “Suami tu apa ayah?” tanya si anak sambil menyedut hingusnya dan ia meleleh semula.
                Ibu kepada kanak-kanak itu merah padam mukanya tatkala mendengar perbualan itu. Dia keluar dari dapur dengan penyudip masih di tangan.
                “Eh, bila masa pula anak saya berkahwin? Saya tak izinkan!” katanya dengan nada tinggi.
                “Awak jangan sibuk! Awak izin ke tak izin ke, perkahwinan ini sah di sisi Islam.  Jangan lawan hukum. Hukum membolehkan ayah mengahwinkan anak gadisnya. Ianya sah!”
                Ya, perkahwinan itu sah! Izin ibu bukanlah termasuk dalam syarat sah nikah. Begitu juga persetujuan anak kecil dan batas umur si anak, ia tidak mempengaruhi sah atau tak sahnya nikah.
                Namun, jika situasi ini berlaku, saya percaya manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah. Protes besar-besaran tidak mustahil boleh tercetus untuk membela kanak-kanak itu. Tidak kira agama, bangsa dan negara, semuanya akan seia sekata.
 Ini sebuah lagi contoh orang yang melakukan sesuatu yang ‘sah’ tapi perlaksanaannya tidak meraikan maslahah dan keadaan zaman yang berubah.
Dia mungkin merasakan orang lain tidak memahami hukum. Hakikatnya, dia telah melaksanakan hukum tanpa merujuk kaedah-kaedah sebenar yang diajar Rasul dalam mempertimbangkan maslahah(kebaikan), mafsadah (keburukan), lingkungan zaman dan sebagainya.

                Mahu Yang Rapuh atau Yang Kukuh?
                Remajaku sayang,
                Jika anda memilih cara bertunang semudah menghantar sms, tidakkah anda membayangkan betapa rapuhnya ikatan itu?
Bayangkan situasi ini:
                “Saya suka awak. Saya rasa nak kahwin dengan awak,” seorang lelaki menghantar sms.
                “Sayapun suka awak. Sayapun rasa nak jadi isteri awak,” balas si gadis.
                “Kalau begitu, kita dikira bertunang. Jangan terima orang lain, tau,” pesan si lelaki.
                “Jumpalah mak ayah saya dulu, baru kita dikira bertunang,” pinta si gadis.
                “Ustaz saya kata, bertunang itu ialah teruna dan dara berjanji untuk bernikah,” kata si lelaki.
                “Eh, apa beza bertunang dengan bercoupling macam kita ni?” keliru si gadis.
                “Entah?! Ah, sama je tu!” jawab si lelaki.
                “Tapi, ustaz saya kata, antara tujuan bertunang ialah untuk mengetahui persetujuan wali sebab wali adalah salah satu rukun nikah nanti,” kata gadis itu.
                “Itu zaman dulu. Kita sekarang dah canggih. Tak perlu cincin, tak perlu hantaran, hantar sms terus bertunang. Ingat, awak tunang saya! Haram lelaki lain pinang awak tau,” kata si lelaki.
                “Hmm, kalau macam tu, kita putus tunang sajalah sekarang!” tegas gadis itu.
                Untuk apa bertunang, jika tidak sampai lima minit? Keliru pula antara bertunang dan berpacaran.
Beginilah yang terjadi. Jika Islam yang mudah diambil mudah untuk bermudah-mudah, situasi jadi tambah rumit dan payah. Ikatan pertunangan yang sepatutnya teguh dengan komitmen keluarga, menjadi sangatlah rapuh.

Seboleh-bolehnya Raikan Adat Selari Syariat
                Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, dipetik daripada buku Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi, “Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.”
                Begitu juga pertunangan. Banyak adat-adat yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat yang elok kita raikan.
                Jika ditanya, mana lebih penting antara adat dan syariat? Sudah tentu jawabnya syariat. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
                Namun, jika ditanya adakah adat itu tidak penting? Jawabnya, adat itu penting! Cuma syariat jauh lebih penting.
Jangan pandang negatif pada semua bentuk adat. Adat yang baik mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ada kaedah syarak menyebut, “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum.
Contohnya, adat memberi cincin tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Dengan adat ini, lebih senang untuk mengenal pasti mana satu wanita yang sudah bertunang atau belum.
Begitu juga adat memberi hantaran meminang, ia tidak bercanggah dengan syariat. Bahkan, Islam menggalakkan kita saling memberi hadiah agar kita saling berkasih-sayang.

Pilihlah Yang Rapuh atau Yang Teguh
Remajaku sayang,
Anda semua bijak-bijak belaka. Pilihlah mahukan pertunangan yang rapuh atau yang teguh. Anda boleh memilih sesuka hati. Namun bersedialah menghadapi impak di kemudian hari.



SOAL PADA DIRI ,
ADAKAH PERTUNANGAN TANPA SEDAR ITU KUKUH,
YANG MANA TERBAIK?

Wednesday 29 August 2012

Maafkan Aku Ya - Allah ~~~Amalan - amalan Penghapus Dosa


1. Taubat

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasul saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)

 2. Lapang dada (Samahah)

Rasul saw bersabda, “Malaikat menyambut roh seorang lelaki dari orang sebelummu. Mereka bertanya, ‘Adakah engkau pernah beramal kebajikan?’ Roh itu menjwb, ‘Aku pernah menyuruh anak-anak  mudaku untuk bersikap samahah kepada orang susah dan memaafkan orang-orang  berada,’ maka Allah swt berfirman, ‘Maafkanlah.” (Dirwayatkan oleh Bukhari)

 3. Mengucapkan salam dan berkata yang baik

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”

 4. Berjabat tangan

Rasul saw bersabda, “Tidakkah dua orang Muslim bertemu lalu bersalaman melainkan dosa keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

 5. Qiyammullail

Rasul saw bersabda, “Kerjakanlah qiyammullail kerana  ia kebiasaan orang-orang solehsebelummu, ia mendekatkan diri kepada  Allah, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan yang beragam dan mengusir penyakit hasad atau dengki.” (Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi)

 6. Solat tasbih

Abu Hurairah ra berkata, “Rasul saw berpesan kepada  Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang  engkau menjalankannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang  kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang  sama. Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika  tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)

 7. Menegakkan had (Hukuman)

Rasul saw bersabda, “Setiap hamba yang terjerumus kepada  larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)

 8. Menjauhi dosa-dosa besar

Allah swt berfirman, “Jika  sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)

 9. Sabar saat ditimpa masalah

Rasul saw bersabda, “Manusia yang paling besar ujiannya adalah para nabi kemudian yang ditingkatkan sesudahnya lalu orang yang di bawahnya orang lagi. Seorang lelaki diuji sesuai dengan kadar kemampuan beragamanya (imannya). Jika  dia teguh memegang agamanya, ujiannya lebih berat dan jika lemah dalam beragama, maka ia dicuba sesuai dengan kemampuannya. Seorang hamba terus menerus diberi cubaan sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan tak punya dosa dan kesalahan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

 10. Berwudhuk

Usman bin Affan berkata, Rasul saw bersabda, “Siapa saja yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan-kesalahannya sampai keluar dari hujung kuku-kukunya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 11. Solat

Dari Abu Hurairah ra, ia, mendengar Rasul saw bersabda, “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai mengalir di depan pintu rumahmu kemudian kamu mandi di sungai tersebut setiap hari 5 kali. Adakah tubuhmu berdaki?” Para sahabat menjwb, “Tentu tidak ada kotoran pada akami sedikitpun. “Maka Rasul saw berkata, ‘Itulah perumpamaan solat yg 5 waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa org yang mengerjakan solat.’ (Diriwayatkan oleh Bukhari)

 12. Sujud kepada  Allah swt

Rasul saw bersabda, “Hai Abu Fathimah, perbanyakkanlah sujud, kerana  tidaklah seorang Muslim sujud kepada  Allah sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkatnya ke satu tingkatan (syurga) dan akan dihapus baginya satu kesalahan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)

 13. Mati fisabilillah

Dari Abu Qatadah berkata, “Ada seorang lelaki berdiri lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku terbunuh f isabilillah, kesalahan-kesalahanku dihapus?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika  kamu mati fisabilillah dalam keadaan sabar dan mencari redha Allah serta tampil menghadapi perang bukan berpaling darinya.’ Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ‘Bagaimana pertanyaanmu tadi?’ Lelaki itu kembali bertanya, ‘Adakah dosa-dosaku diampuni, jika aku mati fisabilillah?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika engkau sabar, mengharap redha Allah, serta tidak berpaling dari peperangan itu, kecuali hutang (tidak dianggap lunas). Jibril datang membisikkan kepadaku tentang hal itu’.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 14. Puasa Ramadhan, Arafah dan Asyura

Rasul saw bersabda, “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana  mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 15. Haji dan umrah

“Sertakan haji dgn umrah, kerana keduanya akan menghilangkan kekafiran dan dosa-dosa  sebagaimana pandainya besi melenyapkan karat pada besi.” (Diriwayatkan An-Nasa’I dan Ath-Thabrani)

 16. Sedekah

Allah swt berfirman, “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang  fakir, maka hal itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus darimu kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah : 271)

 17. Zikir

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’ itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)


Saturday 25 August 2012

JANGAN MENUNGGU


Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..

Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..

Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..♥

Wednesday 22 August 2012

Puasa Enam?? Pilihan di tangan ANDA!






Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Hikmah Dari Segi Kesihatan
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.
Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.
Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.
Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Konsisten
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.
Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haa!!...  ni saya nak bagi panduan kepada sesiapa yang da baca entri ini.. then mempunyai niat nak buat.. Alhamdullilah.. dapat pahala..(niat je baru, da dpt pahala..) Kalau buat lagi bertambah pahala.. Ni saya sertakan sedikit panduan untuk kalian.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa ENAM..
1. Niat
“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

2. Puasa

    Rukun dan syarat sah mengikut puasa Ramadan..



....dan.....

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.



PERINGATAN!!!! ( especially kaum hawa yang comel2 tu..)


Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 yea. Wallahualam. Selamat menjalankan ibadah....







Sunday 5 August 2012

Assignment oh Assignment!

Nak cuti nih, makin banyak pula assignment yang datang.. dan macam - macam pula yang terjadi... ehh.. len macam je.. ohoho... nak di jadikan cerita, assignment datang sekali banyak.. setakat ni pun da ada 5 assg. dan perlu dihantar hujung bulan 8..

Wahai Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan
 Amalkan doa ni.. Doa untuk memudahkan segala urusan.. InsyaAllah akan di permudahkan oleh Allah.. Ameen..





Thursday 2 August 2012

Pantai Bukit Keluang.. ( Close view)

Deru Ombak~~ Kalian dengar tak?? hehe..

Santai- santai.. sambil basah kaki..


Cantik tak?

Bermujahadah di pantai...

First of all.. da lama sangat - sangat saya tak post di blog nih.. Banyak sgt nak diceritakan tentang diri ini.. and not forget.. this IPGKSM.. 1 Ogos lalu.. Saya pergi pantai.. Nama die Pantai Bukit Kluang.. eh.. betul ke tak ehk.. ejaan dye.. hehe,, gasaklah... yang penting.. itu pantai.. Salah satu pantai dekat Besut nih.. Pantai nih.. tak leh nak mandi-manda.. sbb dalam.. org sini je boleh mandi.. ( mungkin da pandai berenang kot org sini..) .. Nak dijadikan cerita.. pantai ni sangat - sangat dekat dengan IPGKSM nih.. kalau jalan kaki.. tak sempat letih da sampai.. within 10 to 15 min.. kalau naik basikal.. kayuh laju-laju.. bole la dalam tak sampai 5 min... dekat an!! ... huhuu~~ Tak sangka.. kampus ni berada sangat dekat dengan pantai.. Mula - mula.. rancangan ni hampir di batalkan.. sbb semua tak nak ikut.. maklumlah.. hari tu.. kelas sgt pack dari pagi sampai petang, time Ramadan pulak tuh.... husnuzon.. mungkin mereka penat.. Tapi..di sebabkan perasaan ni berkobar - kobar nak tengok pantai.. saya gagahkan jugak diri ini.. ececeh! gagah la sangat.. >.< ... so.. the rest of story.. 3 org je yg pergi.. Gasaklah.. Nak pegi jugak!! ... Saya jogging la ke sana bersama kawan saya.. sorang agi kayuh basikal.. Orang kedah panggil basikal ape ehk?? urmmm... alaaa.. da tak ingat dah.. sbb kwn saya tu org kedah.. aneh-aneh je bahasa die.. hehe.. huihh.. da lama tak jogging.. tapi.. seronok!! ..  Berjalan la sikit proses perkumuhan badan saya nih.. Kalau tak.. bile lagi nak jogging kan. hehe.. ( sebenarnya.. nak aktifkan diri.. sbb hari sebelumnya demam.. tak suke demam! ). Time Ramadan ni.. elok bersenam and lari - larian.. sbb badan ringan.. tak de istilah penat dalam bulan Ramadan .. sdgkan Rasullullah s.a.w dan para sahabat bermati - matian berjuang mempertahankan islam dalam peristiwa Badar Al - Kubra.. Tak kan kita nak lari - lari sikit pun.. da penat.. <renungan~~> Sambung balik cite.. da melalut da.. So, dalam perjalanan dengan semangat yang berkobar-kobar nih.. tetibe ada 3 ekor anjing di tengah jalan.. aiyakk !! banyak kacau oo... kawan saya da mula patah balik.. "saya takut laa.." .. ngeee!! saya tak kira... Nak pegi jugak! da sampai pertengahan jalan da.. Pantai pun da nampak da.. deru ombak dah kedengaran... tak boleh jadi ni.. Kawan saya...  suruh ikut jalan lagi satu.. but, seem so far away... Akhirnya.. kami putuskan ikut jalan tadi gak.. Saya berzikir dalam hati supaya lebih tenang.. (takut - takut anjing tu datang balik)

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28

Saya genggam 3 ketul batu.. sbg langkah berjaga - jaga.. Akhirnya...Alhamdullilah.. sampai akhirnya....

Pantai Bukit Keluang, Besut


Haa!! tu lah pantai.. tak bape clear sgt gamba.. pakai phone murah je.. hehe.. tak ramai sgt orang. sbb bukan holiday.. kalau holiday.. sangat ramai!! .. Sampai ja sini... saya rasa.. Subhanallah.. sangat rindu dengan laut.. saya suka pergi laut.. even... rumah bukan dekat dengan laut.. tapi.. saya sangat suka pegi laut.. Melihat kebesaran Allah kan.. dapat pahala.. senang kan nak dapat pahala.. ^^.. InsyaAllah.. Zikkrullah fi qalbi... Haza faqat minni.. nanti sambung cerita lain.. Banyak lagi benda yang nak diceritakan and akan diceritakan.. since, i'll be here for 5 years.. so.. mesti banyak story untuk di'share' kan.. InsyaAllah..

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal"

(SURAH ALI-IMRAN, ayat 190).