Sunday 30 December 2012

Rayuan Rindu

Assalamualaikum.. rasenya baru je tadi post entri.. tetibe nak post lagi.. hehe.. Td dekt fb ana nampak ada sahabat ni post  satu rangkap lagu ni. Pastu tersentuh sangat dan terus cari lari full lyric for this song and i found it!!




Rayuan Rindu Lyrics

by Raihan
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Semaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah
Rinduku ya Rasulallah
Padamu ya Habiballah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulallah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlakmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

[ Rayuan Rindu lyrics found on http://lyrics.my ] 


Moga terhibur dan bermanfaat!!

Saturday 29 December 2012

Recheck Tahun 2012

Tik , tok . tik , tok .... KRING!!

Assalamualaikum...


30 December 2012... Hari ini saya akan meninggalkan rumah tercinta.. Merantau di negeri orang jauh nun ke pantai timur. Bumi Ulul Albab a.k.a Besut Terengganu. Sedih memang sedih. Siapa yang tidak sedih meninggalkan bonda tercinta, Berat rasa hati. Hanya kepada Allah ku panjatkan doa demi menjaga keselamatan ibu dan adik-adikku yang jauh dimata..

creditto : akak manis. mintak pinjam gamba ye!


Haihh.. Keluhan berat terhembus. Kembali semula ke Kampus Sultan Mizan yang belum lagi sebati dalam diri ku. Saya masih orang baru. Tidak mengenali rentak hidup di sini kerana hati belum melekat di sini. Akibatnya telah dicampakkan kepadaku. Mendapat result exam tidak secemerlang orang lain. Susahnya hendak memautkan hati di bumi penuh ilmu dan cendekiawan ini. Kadangkala saya tertanya-tanya. Adakah ini takdirku.. Jika benar ini takdirku.. Kau permudahkanlah setiap urusanku. Tetapi permintaanku mungkin dianggap mulia oleh Allah. Allah berikan ujian lagi. Hanya saya yang rasa. Allah mahu menguji saya. Hanya saya yang tahu.

Alhamdullillah.. biah di sini tidak jauh bezanya dari zaman sekolah menengah dahulu. Salam ukuwwah tetap dihulur mesra oleh sahabat-sahabat. Ukuwwah hati mula bertautan dia antara kami. Sangat manis!. Tapi .. saya tetap rasa sendirian. Saya masih lagi mengidam cita-cita yang terkubur. Akibatnya, saya tidak nampak cita-cita di depan mata. Allah! . Saya melupakan perkara yang pertama yang perlu diutamakan. Iaitu menuntut ilmu lughatul quran. Saya terbuai dengan cita-cita yang tidak mungkin saya bina kembali. Saya lupa saya sedang mendalami bahasa syurga, bahasa yang paling mulia! Ya Allah, tetapkanlah hatiku..

Saya bukannya alim, saya bukannya pandai, saya hanya biasa-biasa. Tetapi azam saya tahun ini. Saya akan serlahkan permata berkilau dari dalam diri saya. Saya terlupa visi hidup saya " Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat". Akan saya genggam visi ini menuju misi yang satu iaitu .. Mardhatillah.

creditto : www.iluvislam.co 



Apa azam anda tahun ini??
Refresh azam!!
Dari Saidina Ali RA "beruntunglah seseorang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah seseorang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah seseorang yang hari ini lebih buruk dari semalam."

Tuesday 11 December 2012



Assalamualaikum sahabat yang saya kasihi..

Sahabat..


Kadang-kadang kita selalu berangan-angan mahu ditemukan pasangan yang soleh/solehah supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang soleh/solehah yang boleh mengingatkan kita waktu solat, jom qiammulail, ataupun mari baca Ma’thurat.

Bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik dan permulaan ceri
ta untuk kita mendapat yang terbaik juga?

Bukankah seorang suami/isteri yang baik pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang baik juga pada masa sekarang?

#Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?”



Jawab Rasulullah s.a.w:

“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”




Wallahualam..

Wednesday 5 December 2012

‎~ Sayang, i love you ~


Credit to Mr. Google

cute tak?? hehe...



Panggilan, kalimah, dan ayat sebegini sentiasa di ucapkan oleh seorang lelaki kepada perempuan, atau perempuan kepada lelaki yang 'bercinta'..

sama ada 'bercinta' itu sebagai suami isteri atau 'bakal suami isteri' atau hanya sekadar 'teman tanpa niat untuk bernikah'..

wallahua'lam..

ada yang senang untuk mengungkapkannya, dan ada juga yang susah/kadang-kadang mengungkapkannya..

tetapi, apa yang lebih penting,

"apabila mengungkapkannya, maka ada tanggungjawab yang besar untuk ditunaikannya."

pilihan ada dua,

1- menjadi seorang yang 'melihat' cinta sekadar cinta, sekadar hiasan di bibir, sekadar 'kuntuman bunga' semata-mata..


2- menjadi seorang yang 'berusaha' menjadikan cinta sebenar-benar cinta, terutama di dalam mendapatkan cinta yang diredhai-Nya..

pilihan ke atas diri 'kita'..^_^

bukanlah tujuan atau motif post ini, untuk ;

--> mengajak manusia untuk bercinta sebagai 'couple', atau seumpamanya sebelum pernikahan,

--> tetapi untuk mengajak manusia lebih bertanggungjawab pada apa yang diungkapkan.

mungkin, manusia kini berpandangan,

apabila bersentuhan tangan, 'bersentuhan itu dan ini', barulah dikatakan 'kena bertanggungjawab'..

Tidak, tidak sebegitu,

ia bermula pada ungkapan di lidah lagi, pada ungkapan pada mula-mula perkenalan..

sebab itulah pesana Sayyidina Ali Karamallahu wajhah ; "lidah itu lebih tajam daripada pedang."

tajamnya pedang, boleh dilihat, maka boleh berhati-hati dengannya..

tetapi tajamnya lidah, sukar dilihat, dan ramai tidak menyedari sudah menghiris manusia lain dengannya..




dan, 






lidah kini banyak 'caranya', 'kaedahnya', dan antaranya adalah 'tulisan', sama ada di mesej hp, di facebook, dan seumpamanya..

ia juga adalah lidah..^_^

maka, berhati-hatilah apabila menggunakannya, untuk bercakap, untuk BERJANJI..

jangan bercakap pada perkara yang tidak mampu ditunaikan,
jangan bercakap jika ia boleh mengundang hirisan pada hati manusia,

bercakaplah pada perkara yang mampu ditunaikan, mampu membahagiakan manusia lainnya, dan mampu bertanggungjawab dengannya..

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ada mengingatkan kepada kita,

"ada segolongan manusia di hari akhirat kelak, berasa dirinya banyak amal ibadah kepada Allah, banyak 'harta kekayaan' berupa pahala yang dibawanya,

tetapi rupa-rupanya, 'harta kekayaan' berupa pahala, banyak amal ibadahnya itu, sudah diambil oleh MANUSIA YANG DIA ZALIMI sama ada yang disedari atau tidak sedari,

ini-lah golongan manusia yang malang dan miskin di hari akhirat."

subhanallahi wabihamdih, wallahua'lam..

mungkin, ungkapan 'i love you' bukanlah perkara yang besar untuk di bawa ingatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ini..

sedangkan ada perkara lain lagi yang lebih besar, seperti menipu, mengkhianati, mengumpat, menghina dan seumpama itu, yang dikatakan lebih besar dan lebih jelas dengan ingatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ini..

^_^

tapi, saya tetap mahu ingatkan..!!

pada sahabat sekalian, saudara sekalian, serta diri saya sendiri..

"apabila kamu mahu ungkapkan sesuatu perkara, fikirkanlah sedalam-dalamnya, apakah ungkapan kamu itu bisa kamu tunaikan dan bertanggungjawab dengannya,

jika tak mampu, jangan mengambil risiko dengan mengungkapkannya, kerana kamu mungkin akan menzalimi manusia yang lain..

dan,

jika kamu tak mahu hatimu disakiti, jangan kamu sakiti hati orang lain.."

dan, tentang 'i love you'..

jika sudah diungkapkan kepada 'manusia terpilih', atau 'manusia pilihan', berusahalah bertanggungjawab dengannya..

sama ada tanggungjawab itu dengan berusaha untuk persiapkan pernikahan dengannya, atau menemui ibu bapanya, atau seumpamanya..

berusahalah bertanggungjawab dengan apa yang 'kamu ungkapkan'..

jika sudah diungkapkan tetapi kamu tidak berniat pun untuk bertanggungjawab dengannya, sekadar gurauan atau 'kehidupan kamu sahaja',

maka segeralah mohon maaf padanya, dan mudah-mudahan dia maafkan kamu, amin..

catatan : saya bawakan hal ini sekadar nukilan peribadi, sekadar luahan dari hati..

setiap manusia, ada kisah cinta masing-masing, persoalannya, bagaimana 'kamu memilih untuk membina kisah cinta kamu', sama ada ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan..




Credit to Rusydee Artz



Credit to http://yuyunemarcello.wordpress.com/
tetibe je nak letak.. hehe.. anyway cute an pelamin nih?? 


wallahua'lam.. via-abe tajudin

Tuesday 4 December 2012

Sebarkan Bahagia: HATI-HATI MERISIK

Sebarkan Bahagia: HATI-HATI MERISIK: "Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali denga...

Sunday 2 December 2012








"Allah merahsiakan masa depan kita, Untuk menguji kita agar berprasangka baik, Merancang dengan baik, dan Berusaha dengan baik, Serta bersyukur dan bersabar.. Ingat, pertolongan Allah itu mungkin datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat.. Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat.."