Friday 31 May 2013

Giveaway Simple-Simple by Mohd Zuhri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (tak jawab dosa.. kih-kih)
dan salam satu ummah!

Ana nak post lagi pasal giveaway by Mohd Zuhri
-mana tau boleh dapat ke, InsyaAllah-

Giveaway ni simple sahaja kalau nak tau klik banner di bawah ye!




Menulis dari hati untuk SIMPLE-SIMPLE


'Simple Giveaway by ArifahLee & ZunairahLee'


Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah.

PERHATIAN-PERHATIAN!!!

Hari ini ana nak post tentang satu giveway simple by http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/


KLIK UNTUK JOIN!



- sebenarnya tertarik dengan Perfume Angel's Scent -

Menulis dari hati untuk 'GIVEAWAY'

Wednesday 29 May 2013

Making a Simple Biscuits, Meoww~


Assalamualaikum dan salam satu ummah. 

Anda bersama saya dalam rancangan Ketuk-Ketuk Kuali atau dikenali sebagai Rancangan 3K! Hari ni anda bersama Chef Husna -a.k.a Chef tak bertauliah- ingin berkongsi resepi membuat biskut.

Ok-ok, tanpa membuang masa mari kita mulakan. 



Sila ikut langkah-langkah dibawah -siap sedia gambar lagi tau- semoga berjaya! 





Terima kasih kepada chef jemputan kita pada hari ini iaitu Mrs. Pusheen
Gara-gara intai-intai blog resepi. Ana pun nak juga post tentang resepi.. -ngehngehhngehh- 

Menulis dari hati ke biskut.

Sunday 19 May 2013

Kurangkan berharap, Tingkatkan effort!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Ummah...

Jom relax jup setelah seharian study dan membuat kerja!




Warghh! Bangun Husna.. bangun!! Hari ni ana telah merangka untuk menyiapkan paperwork untuk satu program ni. Punyalah berharap dan berharap agar paperwork sampai ke tangan pengarah tepat pada waktunya.

-TETAPI-

Segala perancangan itu ibarat di telan badai besar -hiperbola sikit- Sedih hanya Allah sahaja yang tahu. Paperwork itu still ada pada pensyarah penasihat. huu~ T_T. Rasa diri ini da sangat berusaha dah - siapkan paperwork time exam - dasyat! . Mungkin tidak cukup lagi effort tuh. Mungkin kena lebih berkerja keras. Mungkin ana yang malas. Mungin dan mungkin~

KURANGKAN BERHARAP

Mungkin sebelum ini, ada antara kita yang meletakkan harapan setinngi langit dan yakin dapat menggapainya tetapi kita lupa bahawa qada' dan qadar Allah yang akan menentukan apakah kita mampu menggapainya atau tidak.

Seperti kisah saya pada zaman dahulu kala - ececeh- . Sejak dari kecil lagi saya didedahkan dengan cita-cita   untuk menjadi doktor. Masuk sekolah sains pun sebab fikir nak jadi doktor. Pelajar hard core Biology since form 3....dan akhirnya tercampak di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan yang akan keluar sebagai Ustazah takhassus Arabiah. - dan ana tidak pernah sekalipun masukkan -TEACHER- dalam senarai cita-cita.

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA
Siapa sangka.. harapan tinggal harapan. Harapan yang tidak disandarkan kepada Allah akan lebih perit apabila tidak dapat digapai. La tahla (jangan mengeluh)  kerana Allah menulis skrip yang lebih hebat untuk mu. Apa yang penting sekarang, teruskan berusaha. Berusaha dan terus berusaha. Paksikan matlamat anda kepada Allah. InsyaAllah.. Allah akan permudahkan segalanya.



-Pahit manis perjuangan seorang dai'e adalah kenangan terindah buat dirnya-







Wednesday 1 May 2013

'Simplify' Ukhuwwah


Lama dah rasanya tak menulis, gatal pula tangan rasanya.. haha. Tajuk kali ni ringkas sahaja iaitu UKHUWWAH  - siap highlight lagi tu! hehe.
Baru-baru ni ramai sahabat ana yang mengadu tentang masalah ukuwwah ni. Selepas ana dengar dan fahami segala masalah mereka, maka ana rasa.. ana rasa.. urmm.. ana tidak tahu  rasa apa.. ^_^
Ini sahajalah yang dapat saya kongsikan kepada antum yang mempunyai masalah ukuwwah ni : Baca ya!

'Simplify' kan ukuwwah anda. Dalam berukhuwwah ni simple sahaja. Hanya faham memahami dan bertolak ansur. - tapi yang dua hal ni lah paling susah nak di praktikkan an?








Ana tahu di dunia ni.. ada pro and contra nye..

Ada lelaki ada perempuan,
Ada cantik ada hodoh, 
Ada baik ada jahat,
dan...


Ada yang suka kita dan ada juga yang tidak suka kita..



Tetapi...



Walaupun kita pro and contra..

Kita tetap manusia..
yang punyai akal dan hati..
yang nak berkawan antara satu sama lain..
ukuwwah yang dibina bukan untuk menumpang kelebihan seseorang dan bukan juga untuk mengorek keaiban seseorang..
Kita berukuwwah untuk saling melengkapi..
untuk meraikan kebaikan dan memperbaiki keburukan..
Kita berukuwwah kerana kita sama-sama ingin jadi baik..
barulah ukuwwah kita sweet n kekal till jannah.. kan?? ^_^
Dalam berukuwwah, mungkin kita akan 'tidak sekufu' dengan someone.. maybe sebab perangai dia, tabiat dia, or.. sebab2 lain yg tidak dinyatakan..- pikir la sendiri-
Nak tunjuk sejauh mana tahap 'ke-sweet-an' ukuwwah tu.. even kita tidak suka dia pun, kita tetap akan rasa kehilangan bila dia tiada, kita tetap perlu tengok muka dia tiap2 hari.. dan.. yang paling penting! Kita berusaha untuk menegur kesilapan dan beritahu apa yang salah pada kaca mata kita sebab kita kan nak masuk syurga bersama-sama. ^_^ (wat muka comel). Kalau kita cakap2 belakang ja.. perangai dia tetap tidak akan berubah n kita pun dapat 'saham' sekali.. kih2~~


Sahabat di IPGK Sultan Mizan, Besur, Terengganu.
Unit Bahasa Arab Ambilan Jun 2012


 so.. kesimpulannya.. ukuwwah kerana Allah kekal hingga ke jannah!