Sunday 23 June 2013

Blog Di Terminated

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah





Asif (maaf) lepas ni, ana nak tutup blog ni wat sementara waktu.. maybe a month or a year, or forever... never know... kecewa dgn tuduhan.. bawa hati yang lara sebantar.. tak mau dah post2 bende2 merapu nanti timbul isu pelik2 pulak.. bak kata orang.. apa tuh?? kalau tak de ilmu, duk diam je la.. an3?? ...


Ana diam bukan tanda ana kecewa dengan tuduhan tu.. just wanna muhasabah diri sebentar.. betul kot kata-kata orang.. hmm.. tpi still rasa... -nothing-  sorry.. for annoying.. I still wanna be myself.. don't want to be someone.. and dont want for someone to change myself.. if I want to change... I'll change.. I deserve to choose my own path.. please don't force me..  please... hope Allah will guide me..


sorry.. sebab ana wat sesi luahan perasaan mlm2 bute nih.. ana tak boleh jadi penulis seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna... dan tak leh setanding juga dengan Saiful Islam.. penulis yang ana kagumi.. but.. I still wanna be better..


and.. lastly.. tq for critize me.. ana terima dengan hati terbuka.. but just need some more time to 'hadam' those statement..





Menulis dari hati untuk PERUBAHAN


Monday 17 June 2013

My Life as Student Maktab

Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah


Menaip dalam keadaan kepala tak berapa nak sihat
tapi tak apa..

sebab kali ni ana nak share satu cerita yang paling best special for adik-adik yang baru lepas spm -actually lama dah- . But ttibe, rasa macam nak share kehidupan student-student di Institut Pendidikan Guru.


hehe.. logo IPGK Sultan Mizan. Di sinilah ana menuntut ilmu.


DAILY LIFE

Mahasiswa dan mahasiswi di IPG ini diberi satu nama special iaitu Guru Pelatih kerana memang kami di trained untuk menjadi guru pun dan cornfirm-cornfirm yang lulusan IPG ni akan keluar sebagai  CIKGU/ TEACHER/ USTAZ/ MUROBBI dan yang bersangkutan dengannya. -yelah takkkan ttibe jadi doctor enginerr kuttt- . Life kat sini terus terang ana kata sangat berbeza daripada life IPT. Ana tak pernah masuk ke IPT sebelum ini but melalui temuramah dan temubual yag dilakukan daripada kawan-kawan ana. I'm concluded that IPG and IPT are totally different!

Jadual kelas kita diatur daripada pukul 7.45a.m sehingga 1.15p.m then balik.. solat.. makan..  then pada hari-hari tertentu, petang tu mungkin ada GERKO ( something like kokorikulum ) . Haaa.. GERKO ni hanya termaktub untuk sesetangah semester jeh.. Semester berapa?? rahsia! muahhahahah! Dan yang takde GERKO petang tu wat apa? Yeahh.. ni yang paling best nak sebut... ngehngehhngeh,, LEISURE TIME!! .. so.. kalian nak wat apa kalian wat lah. tido ke, men game ke, baca novel ke dan maybe study? ERKK??!
Cuba darab-darab barapa banyak leisure time yang ada dalam seminggu?? banyak kan? But.. ana nak ingatkan kat sini, jika ada leisure time wat la something yang bermanfaat like join clubs, attend meeting, or paticipate in anyting. to collect sijil. Isi masa anda! janganlah dok tidur je memanjang nanti jadi habit... and this is bad habit!

Secara umumnya. satu semester akan berlangsung selama 5-6 bulan kemudian kita akan cuti sama sebijik seperti kanak-kanak sekolah. Maknanya time cuti panjang mid year and end year tuh.. kita ikut cuti sama macam mereka. So.. dapat luang masa yang lebih banyak bersama keluarga betul tak? Pada akhir sem akan diadakan exam.. mcm biasa la ehkk.. huhuu.. score laa 3.5 ke atas sebab student di IPG nih always score above from that kalau dapat 3.85 keatas dapat anugerah pengarah! Best tak?? -setakat ni tak pernah dapat lagi.. ngueeek~~ -




LAST BUT NOT LEAST


Itulah serba sedikit ana ceritakan kehidupan as student IPG. Kepada adik-adik diluar sana yang berminat nak masuk IPG dan nak tahu lebih lanjut boleh tanya di facebook ana dan hantarlah sebanyak mana pun pertanyaan, tapi.. nak jawab tu tak cornfirm lagi sebab sekarang tengah sibuk. ohohoho.. 




Then, ana nak ucapkan tahniah selamat datang dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum kepada semua warga baru IPG yang bakal masuk pada 24/6/2013 nanti especially kepada adik-adik Institut Pendidkan Guru Kampus Sultan Mizan. Jangan lupa untuk cari akak yang bernama Husna Hafiza!! -its me!- Ana akan ada bersama awok-awok sume dalam sesi orientasi 

-ok, nak gi meeting untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baharu-



Menulis dari hati untuk NEWBIE



Sunday 16 June 2013

Kisah Seorang Pelari

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh dan salam satu ummah
-jawab jangan tak jawab-


First of all, ana nak minta maaf to all sahabat yang ramai menfollow ana dari Segmen-segmen yang sebelum ini  kerana buat masa ini ada tak dapat membalas kunjungan sahabat semua. InsyaAllah jika ada masa kelapangan dan internet yang baik ana akan melawat belog-belog sahabat yang kiut miut tuh -ceh bodek- sekali ngn follow lagi! Okeyss!! ;)


 KEHIDUPAN SEORANG PELARI.

Mula berlari...Step by step pelan-pelan.. tersungkur.. bangun balik, step laju sikit, jatuh lagi... haisshhh!... nak lari-lari anak pulak.. jatuh tersungkur siap luka berdarah lagi.. oucchh..     sakitnya!!.. bangun bersihkan luka.. sambung lari lagi.. nampak garisan penamat!! yeahh!! gembiranyanya!!.. dekat... yes,makin dekat dah ni! ... TIBA-TIBA, jatuh berguling-guling sampai terseliuh kaki! adoii.. xleh nak lari dah nih.. :( .. jalan pelan-pelan.. ramai org bagi semangat ada jugak yg mejatuhkan semangat siap booo~ lagi!.. ah lantaklah! .. akhirnya sampai ke garisan penamat!!! segala lelah telah terbayar!! ramai yang bersorak gembira meraikan kejayaan kita.. ada jugak yang wat muka pelik dan pikir kita men tipu. erk?! . dan ada jugak yg wat muka xde perasaan.. 






          'Kehidupan kita di dunia ini diibaratkan seperti pelari betul tak? Kita berlari bermula dari langkah pertama sehinggalah ke garisan penamat. Macam-macam yang terjadi dan banyak rintangan yang kita tempuhi. Kadang-kadang tepijak duri, kadang-kadang kena tolak ngan kawan sampai tersungkur, kadang kita sendiri yang tak cukup tenaga nak teruskan larian. Semua itu bakal kita rasa sepanjang larian yang sangat-sangat-sangat panjang dan sangat-sangat-sangat penat - banyak nye sangat husna-

Dan, apakah yang membuatkan kita terus belari??

Sumber Kekuatan!! Yes!! 

Siapa sumber kekuatan kita??

Allah yang bersifat dengan Al-Jabbar iaitu Maha Kuat. Dia-lah sumber kekuatan yang segala 
kekuatan apapun bersumber dari kekuatan-Nya. Laa haulaa walaa quwwata  illa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim...




Menulis dari hati untuk PELARI-PELARI PECUT








Wednesday 12 June 2013

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabraktuh dan salam satu ummah dan satu Malaysia :)



Jom tulis surat!




Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 ini adalah anjuran bersama Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Nak tengok iklan boleh klik sini!


a) Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilh bagi setiap 
kategori

KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI




TARIKH TUTUP 31 JULAI 2013
Ada masa lagi an nak sertai. JOM sertai reramai!
-tengah pikir-pikir lagi-


Menulis dari hati untuk MALAYSIA










Musibah, Dompet ku hilang T_T

/
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salm satu ummah
Peace yo!
           Firstly, ini mungkin entry terakhir untuk bulan ini -maybe- sebab lepas ini ana dah balik IPGKSM yang sangat ku sayangi -yekeh?!- Doakan ana tabah dan sentiasa gembira di kampus tercinta.



DOMPET HILANG??!!!

          Ok-ok, bertenang semua bukan dompet ana yang hilang, tapi domepet adik ana. Biasala baru buka sekolah macam-macam nak dibayarnye Duit pun bertimbun-timbun lah bawa dengan harapan langsai la segala hutang-piutang dengan makcik kantin, kawan-kawan dsb.

          Yang peliknya, adik ana dia 'relax' je macam takde mende yang berlaku dan seolah-olah hanya RM 1 sahaja yang hilang. -seringgit pun duit tau!- Tanyalah dia "ngah, nape ayong tengok angah relax je? Da la dalam tu ada banyak duit yang penting ic tuh!" Jawapan dia lagi best.

"Nak wat camne, bende dah jadi. Nak menangis terpekik terlolong pun bukan dapat balik pun dompet" Selamba dia jawab dengan muka toya tak berperasaan sambil suap ais kacang dalam mulut. Ana dah ternganga sambil kagum dalam hati. "Bagus betul adik ana nih, tenang je tanpa perasaan ^_^ , ikut perangai akak die lah ni ". ERK?!




TIPs BILA DOMPET HILANG


1. Apabila dompet hilang SILA BERTENANG.
Baca doa nih :

Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) (Hadith riwayat Muslim)

2. LAPORKAN PADA POLIS serta merta jika hilang ditempat awam.

3. Pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk MEMBUAT IC BARU

4. .Pergi ke bank untuk DEATIVATE CARD BANK yang hilang tu.



5. REDHA dengan musibah ini, kerana mungkin duit tu bukan rezeki untuk kita guna.
-smile always-



          Ana pun sebenarnya dah banyak kali dah terkena dengan kes duit hilang, kecurian ni. Kejadian tak leh lupa bila kecurian time wat keja part time. Banyak wooo, pencuri tu ambil duit kedai. Habis kena potong gaji -kisah lama jangan diungkit kembali-


p/s : ini belog adik ana, marilah jenguk dan kenal-kenal dengan tuan tanah yang sangat garang tapi peramah.. Tinta Sufi


Menulis dari hati untuk SENTIASA REDHA




Monday 10 June 2013

Diterjah Persoalan?



Assalamualaikum warhamatullahi wabarkatuh dan salam satu ummah



tak tahu nak tulis apa hari ni.

Ok-ok, soalan pertama, pernah tak kalian semua terhimpit dengan dua persoalan or feel confusing with somethings?

          Hidup ni penuh persolan kan? Dari kita sekecil tapak tangan -baby laa- sehinggalah kita meninggalkan dunia ni esok saat disoal mungkar dan nangkir -guna statement 'esok' terasa dekat sikit ngan mati-  .


          Benda yang tak di jangka seringkali singgah menerpa dalam hidup kita.Di saat kita ingin memilih yg lain tetapi yang lain kita dapat. Pernah tak kalian rasa something yang di rancang tidak menjadi. Then, mulalah hati dilanda keresahan dan kesedihan. Apabila hati sudah 'tidak terurus' maka otak mula memikirkan solusi merapu .Kekuatan mula hilang. Jiwa lemah. -time nilah syaitan mula ambil port berusaha menjatuhkan diri untuk menjadi orang yang kalah-







SOLUSINYA?


          Apabila kita meyakini setiap masalah yang kita dapat adalah ujian dari Allah dan yakin ALLAH pasti akan tunjukkan jalan keluar insyaALLAH jiwa mula tenang dan penuh pasrah padaNYA. .Setiap inci masalah yang kita hadapi adalah dengan izin ALLAH.
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11


          Bagaimana boleh bahagia tika diri dalam kesedihan? bagi ana, apabila hati meletakkan sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH. Hanya ALLAH yang akan meyelesaikan masalah dan apa jua kesulitan yang kita lalui.Banyakkan istighfar dan tingkatkan amalan. Bahagia bila ALLAH ada dalam hati.tak caye..try lah...:D Bila kita dapat ALLAH kita akan dapat segalanya...yakinlah...:)

         Bahagia dan ketenangan bukan hanya apabila kita memiliki apa yg kita mahu tapi bahagia itu boleh di rasa tika kita di landa masalah atau musibah.

 p/s : ana cakap kat sini sebab ana sendiri lalui. BAHAGIA ITU PILIHAN !


Menulis dari hati untuk SOLUSI

#SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST


Assalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh dan salam satu ummah.
Thanks to Ikhwan Yusof for inviting me to his segment even dah terlamat nk join... but just for fun.. muahaha




Jumlah follower sekarang : 84



Salam kenal-kenal kepada semua


Menulis dari hati untuk New Friends

Sunday 9 June 2013

Tak Tahu Antara Dua - Ep 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah
Syukran khairan kathiran kepada all readers yang suweet-muweettt tanpa diabetes 
kerana always support me..

So, bersempena dengan hari kembalinya line internet di rumah ini.. Alhamdullillah..
Ana nak sambung cerita Tak Tahu Antara Dua - Ep 2 . Siapa yang belum baca Tak Tahu Antara Dua - Ep 1 ... boleh klik sini, sini, sana, situ dan mana-mana. hehe >_<

----------------------------***-----------------------------
          Boboi merasakan sesuatu yang lain dalam dirinya apabila dia mengambil keputusan untuk 'berkepul' -couple- dengan Gegirl. Dia rasa hatinya lain dan seolah-olah dia tidak mengenali dirinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dari Gegirl dan menjauhkan diri daripadanya.
          "Boboi, apa ni?? you kata you ok je but why Semalam I call you, you tak answer, You kata you keluar pergi dinner, You kata you keluar dengan kawan you, but when I called Mommy she said it wasn't true!" Gegirl mengamuk dalam telefon bagaikan mahu pecah gegendang telinga Boboi dengan suara nyaring Gegirl. Ok, mungkin betul salah dia mendiamkan diri tanpa memberitahu apa sebabnya sehingga menyebabkan Gegirl marah bukan kepalang.
          "I'm sorry" Hanya kalimah itu yang mampu dia keluarkan walaupun dia tahu itu tidak dapat meredekan kemarahan Gegirl.
          "What, just sorry?!" .. dan kalimah 'sorry' itu memang menambah bara dalam api kemarahan Gegirl.

          "Is there anything words that I can say better than sorry?" Boboi menambah dalam nada memujuk.
          "Kenapa awak hilang tiba-tiba? Gegirl ada wat salah ke? If ada saya minta maaf." Suara gegirl semacam nak nangis dah. Ok, ni memang menguji keimanan kaum adam apabila melihat perempuan menangis. Boboi tarik nafas dalam-dalam.

          "Look Gegirl, awak tak salah but saya yang salah" Boboi diam dan menghela keluhan berat.
          "It's all my fault, kalau saya tak sambut huluran cinta awak  hari tu kita tak kan terjebak dalam cinta yang penuh kepura-puraan ni." Boboi menambah.

          "But, Gegirl betul-betul sayang kat Boboi. How can say you say yang saya berpura-pura?" Gegirl seka air mata.
          "Saya dah wat keputusan, walaupun ini sangat berat untuk saya luahkan" Boboi terdiam, hatinya seperti sedang berperang antara hak dan batil. Lama dia terdiam.. Akhirnya...

          " Saya taknak awak hubungi saya lagi selepas ini." Terasa lega hatinya seperti terbebas dari sebuah tahanan yang menyesakkan walaupun dia tahu kata-katanya itu bakal menghiris hati Gegirl. Pedihnya hanya Allah yang tahu.

          "You say what?!" Gegirl separa menjerit di sana rasa mahu dihempas sahaja telefon di genggamannya.

          "Please, let me explain. bukan saya sengaja nak putuskan hubungan ni but saya bimbang saya tak dapat nak catch up study and you on the same time. Walaupun saya mungkin dapat seimbangkan kedua-duanya tapi somehow maybe saya akan terleka dengan cinta ini dan slowly saya akan terlupa cita-cita saya.

          "Bayangkan kalau kita dua-dua hanyaut dalam arus cinta ni dan masing-masing terlupa study and whatever it is. Siapa nak sedarkan kita nanti Gegirl. Have you think about it." Hati-hati Boboi menuturkan ayat itu supaya tidak mengguris hati Gegirl.

          "Why now? Kenapa awak beritahu sekarang. Saya dah sangat-sangat sayang kat awak."

          "I'm sorry, saya wat semua ini untuk kebaikan kita. Sudah lama saya rasa dengan semua ini, saya tahu saya buat salah.. saya tahu saya buat dosa.. tapi.. saya lemah dalam mengakui semua itu. Saya menidakkannya!!  Saya mohon pada Allah, supaya kuatkan hati saya dan tabah. Namun, selepas itu saya merasakan diri saya bodoh kerana saya meminta ‘tabah’ untuk meneruskan lagi dosa saya itu. Saya harap....."

          Tutt-tuttt-tutt..... Gegirl mencampak 'handphone' nya. Rasa panas telinganya namun panas lagi hatinya mendengar kata-kata Boboi.

          "What?? Sejak bile dia berubah jadi ustaz nih? Dia ingat aku ni banyak sangat wat dosa, nak bagi ceramah pulak kat aku" Gegirl menumbuk-numbuk bantalnya. Terasa sangat geram.

          -Bunyi inbox phone gegirl-

          "Saya tak tahu nak kata apa dah, Maafkan saya.. itu sahaja yang mampu saya ungkapkan. Saya perlu meraih cinta Allah dahulu sebelum saya bercinta sesama hambanya. Sekarang saya sudah sedar. Cinta dan Study kedua-duanya penting tetapi Cinta itulah yang perlu diutamakan iaitu Cinta kepada Allah. Mesti awak tertanya-tanya kan kenapa saya berubah? Alhamdullilah, panjang kisahnya biarlah menjadi rahsia antara saya dan Dia. Akhir kata, awak terimalah lagu ini, semoga dapat menyejukkan hati awak kembali".


Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap,
Pasti dirimu kan memahami,
Harapan kasih yang terbina,
Sekian lama di sudut hatiku..

Hanyalah untukmu,
Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang diri kan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita..

Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan,
Sebagai mahar hantaran,
Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji,
Andainya dapat engkau mendengarkan..

Suara hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau boleh mentafsirkan,
Setiap bait kata yang terungkap,
Pasti dirimu dapat melihat,
Rahsia kasih yang lama terpendam,
Sekian lama di sudut hatiku,
Hanyalah untuk mu

p/s : Bila kita dapat ALLAH kita akan dapat segalanya.

          
 -----------------TAMAT----------------




okeysss, tamat sudah kisah Tak Tahu Antara Dua. Thanks to all readers. Nah hadiah...



 Actually sangat geli bile menulis perkataan sayang tuh. Erkk.. xde dalm kamus hidup perkataan tuh.Yeerkkk ! ok.. Maaf sebab cerita ni tergantung sedikit kerana timbul sedikit kemalasan di situ.. ngehhngehh.. anyway jazakumullahu khairan kathiran  to all!




Menulis dari hati demi Cinta Ilahi

"1st GiveAway Qiela Azman"



 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
- tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala-
dan Salam Satu Ummah

Ok-ok, Husna ni last ok.. niat nye sebab nak nama blog ni ditempek di senarai bloglist orang lain... muahhahahah - sebenarnya memang dah takde kerja nak wat- Di samping itu, untuk support first giveaway Qiela Azman nih. -I'm a good supporter-





Siapa nak join boleh klik sini

"1st GiveAway Qiela Azman"

Click banner untuk join


Terima Kasih kepada :




Menulis dari hati untuk Menyokong!

Monday 3 June 2013

Tak Tahu Antara Dua - Ep 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh dan salam satu ummah
Haaaa!! Hari ni ana nak ngajak sume nyanyi bersama-sama

one, two, three... !!


Keluarga ku bukannya berharta 
Dan akulah satu-satunya 
Harapan untuk menyara 
Mereka di hari tua 
Begitulah hendaknya

Diriku pun juga begitu 
Ke sini tuk mencari ilmu 
Tak sangka pula kau yang ku jumpa 
Berbelah bagi ku bertanya 
Mana satu yang harus dikejarkan

Kita tak tahu antara dua 
Hala yang berbeza 
Kiri kau menjanjikan cinta 
Kanan menjanjikan kerjaya 
Oh yang mana... 

Kita tak tahu antara dua 
Pilihan yang nyata 
Sebelah hati inginkan cinta 
Sebelah lagi inginkan cita 
Agar hati membimbing kita 
Tahu antara dua

Takkan lari gunung dikejar 
Semoga diizinkan cinta 
Selesaikan yang dah bermula 
Sementara usia masih muda 
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

Sejak tergerak hati 
Terbuka terima cinta 
Lebih banyak soalan 
Berbandingkan jawapan

Lyric sponsored by http://www.lyrics.my


Rumusan Lagu


Boboi : Boboi tiada harta Gegirl, dan boboi laa satu-satunya harapan untuk menyara 'parents' boboi time mereke tua nanti. Boboi tak nak terkandas dalam pelajaran sebab cinta  ni.

Gegirl : Gegirl pun sama. Gegirl datang kat kolej ni sebab nak menuntut ilmu je, tak nak la cintan-cintun nih. -eee, tobat aku tak nak-
Gegiirl menghela nafas sejenak kemudian menyambung lagi dialognya.

Gegirl : ...tetapi, bila boboi datang kat Gegirl, hidup gegirl jadi kusut. Sekarang dah tak dapat bahagi masa dengan betul. Time study je ingat kat boboi. Camne nak study camtuh??!!

Boboi : Arggghhh!! Aku keliru antara cinta dan cita-cita!! Aku nak study gile-gile tapi dalam masa yang sama aku nak bercinta.

Gegirl : Boleh ke... (wat muka toya). 

Kedua-duanya diam membisu

Gegirl : Apa kata.. kita bercinta je lah. Alaaa.. study tu 'kacang' jah. Semua boleh berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh kan boboi. (senyum)

Boboi : Tapi boboi rasa, tak boleh carry on dua-dua nih. Hati ni.... Hati ni rasa tak tenang.

Gegirl : Boboi.... kita muda lagi, muda-muda la nak rasa bercinta. Apa tu bak kata orang 'cinta muda-mudi'

Boboi : hmmm... betul gak tuh... (angguk-angguk)

...Tetapi hati aku still rasa tak tenteram. Bercinta sambil belajar, hmmm... boleh kah?


--------------------bersambung-------------------


Menulis dari hati demi CITA-CITA


Sunday 2 June 2013

Hot Issue : 'Buka' VS 'Tutup'?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh dan salam satu ummah

Ketika ana blogwalking di satu tempat yang teramatlah jauh.
 Ana terbaca satu post tentang ni
Seorang gadis bertanya soalan berbunyi begini " Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?"
Ikuti perbualan mereka :





Yang bestnya dialog 'muslimah' yang akhir tu "Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam". -perrggghhh, wakanabeb!-


 MENUTUP AURAT DARI MANA KE MANA?
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.



OH, GULA-GULA

Seorang perempuan kristian bertanyakan tentang aurat muslimah kepada seorang muslim, Lalu muslim tersebut mengeluarkan dua biji gula-gula dari poketnya. Sebiji gula-gula dibuka pembalutnya lalu dilemparkan ke tanah, sebiji lagi digenggamnya dan masih terbalut rapi dan kemas. Kemudian pemuda itu bertanya kepada perempuan kristian itu, "Di antara kedua-kedua gula-gula tersebut, mana satukah yang ingin kamu ambil dan makan?". Perempuan kristian itu membalas "Tentulah yang berada di gengamanmu, gula-gulanya masih bersih manakala yang itu sudah kotor dan berdebu".
Muslim itu membalas "Begitulah juga Islam memelihara kaum muslimah(perempuan islam) daripada kekotoran dan kejahatan yakni dengan melindungi mereka dengan aurat"




CERMIN DIRI

Ok, semua ada cermin di rumah kan? Cermin tu bukan sahaja untuk ber'make-up' mahupun mengira/memicit jerawat anda -itu tidak bagus-  . Cermin itu akan mentransformasikan diri anda menjadi muslimah sejati.. wowwww!

1. Pandang atas, bahagian kepala. Tudung. Labuh tutup dada depan dan belakang. Tak de bonggol ala-ala unta. -dilaknat Allah nanti-. Tudung tak jarang - kalau degil jugak nak pakai yang jarang-jarang tu, pakai inner dan passtikan inner tu cukup syarat!-

2. Pandang bawah sikit. Badan. Baju longgar dan tak jarang. Baju labuh sampai punggung. Lengan baju panjang kalau yang pakai handsock pun pakailah yang tak lekap kat tubuh -rasenya ade je jual kat kedai-

3. Pandang bawah lagi. Kaki. Seluar/Kain. Sekarang ni dah ramai yang bersopan pakai kain. Alhamdullillah,  tapi.. hmm.. pakailah kain yang tak jarang, yang tak ketat ala-ala duyung tersangkut, dan yang labuh. Seluar pun sama seperti syarat yang telah dinyatakan tadi.. hihi.




Menulis dari hati untuk Muslimah

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh dan salam satu ummah
Second post for today!

Ana join satu segmen nih by http://aderakukeysah.blogspot.com
Ana pun nak tambah-tambah kenalan dan mengertakan silaturrahim sesama insan -ececehh-
HADIS TENTANG UKHUWWAH
عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْلِللهِ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ
[لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ
 - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ -
Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai  saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri [tentang kebaikan]”. [HR al-Bukhâri dan Muslim]. 






 Siapa yang berminat nak join segmen ni, dipersilakan klik sini

Memandangkan follower di blog ana semakin bertambah, Alhamdullillah sudah ada 67 follower setakat ini saat ini.  - even xde la seramai blog2 famous amous lain -
Harap dapat ditingkatkan lagi untuk sama-sama kita bertukar-tukar idea dan pendapat dan berkongsi segala lebih dan kurang. Mana yang kurang kita tambahkan, mana yang lebih kita kurangkan. Ehh.. tak-tak, mana yang lebih kita tingkatkan lagi! Hoyeahh! -semangat tiba-tiba-


Menulis dari hati demi Ukuwwah Sejati