Tuesday 27 August 2013

Ya Allah, jagakan hatiku

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam satu Ummah..

Mari kita berdoa sejenak,
Ya Allah, sampaikan salam rinduku dan cintaku kepada Rasullullah s.a.w

Ya Allah, aku mahu tahu... siapa dia..


Pernah tak kita rasa sangat 'curious' nak tau siapa yang bakal jadi Mr/Mrs Right kita? Pernah tak rasa nak minta kat Allah, "Ya Allah, kalau boleh aku nak tengok muka dia sekali pun cukuplah dalam mimpi, nampak samar-samar pun takpela.. asal dapat tengok..". Pernah tak kita cuba nak bayangkan wajah Mr/Mrs Right kita... tetapi, Allah tidak menghadirkan dalam mimpi kita.. alih2 terbayang muka artis korea.. hahah >_< ..  Berahsianya Allah dengan kita... Jodoh kita... Siapa dia... Itu rahsia Allah...
 
credit



Ya Allah.. aku sememangnya sudah tidak berdaya lagi untuk menjaga hati ni..

Kita sudah sangat - sangat menjaga hati. Menjaga daripada terbitnya 'rasa itu'. Kita terlalu berjaga-jaga dengan 'rasa itu'. Terlalu berjaga-jaga. Tetapi apakan daya.. hati yang lemah ini tewas juga. 'Rasa itu' hadir juga singgah di hati. Semakin dihalau 'rasa itu', semakin dia melekat di hati kita sehinggakan kita rasa mahu menjerit sahaja kerana berasa sangat rimas dengan 'rasa itu'. Kita mengadu pada Allah, "Ya Allah, rasa apakah ini? Rasa ini membuatkan diri ini berasa sangat berdosa". Kita tertanya-tanya, "Apakah aku berdosa kerana mempunyai rasa ini?". Sehinggakan kita menangis teresak-esak sambil berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku mohon... hilangkanlah rasa ini... aku sudah tidak berdaya lagi untuk menjaga hati, Ya Allah aku serahkankan hatiku ini untuk Engkau jaga, jika aku yang menjaganya kelak aku akan merosakkannya..." Syahdu doa kita itu penuh dengan keikhlasan dan rasa berdosa. Hanya Allah yang benar-benar mengetahui bagaimana hati kita ini...


‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’ al Maidah, ayat 7


Ya Allah.. adakah aku berdosa kerana adanya 'rasa itu'?
Kerap kali soalan itu ditanya. Jawapannya mudah. 'Rasa itu' fitrah. Yaaa... fitrah... lega sudah hati ini dan mula memikirkan yang kita bukan pendosa jika mempunyai rasa itu tetapi ingat!! Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, ingin dicintai itu fitrah. Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia mulia. Jika dialir dengan aliran yang salah, ia hina.  

credit

Ada yang tanya, macamana nak hindarkan cinta? Jawapannya, banyak caranya kalau nak hindarkan cinta. Kalau orang itu bukan manusia lah..heh... Mana boleh hindarkan cinta..!! Sebab, cinta itu fitrah bagi setiap manusia! Jangan hindarkan ia sebaliknya salurkan kepada yang hak, seperti dalam lagu UNIC - Atas Nama Cinta :

Diatas nama cinta….Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan…Setiap pengorbanan 
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Ya Allah, kawal lah rasa ini agar tidak mengatasi rasa cintaku pada-Mu 
'Rasa itu' memang sudah tidak boleh ditepis tetapi tak kan kita mahu menerimanya sahaja tanpa tapisan. Antara cara untuk mengawal cinta adalah janganlah izinkan diri ini jatuh terlalu dalam dengan cinta yang sememangnya sudah menjadi fitrah andai dirasakan diri belum tiba masanya. Tundukkanlah pandangan bagi sesama bukan muhrim untuk mengelak panahan syaitan. Menjaga pergaulan (ikhtilat) agar tidak ada ruang untuk syaitan menghasut. Bak kata Ustaz Atlizan “ jangan dilayan perasaan itu, sibukkan diri”, paling tidak, beristighfarlah ketika teringat kepada si dia. Dan paling penting adalah berDOADoa itukan senjata terhebat kita, kurniaan dari Allah SWT. Berdoa kepada Tuhan yang memberikan perasaan cinta. Agar, kita dapat dijauhi cinta yang fana.

Ya Allah, dengarkanlah bicara hati hamba - Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah 
Yang Maha Mendengar



“Ya Allah, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.”


Ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...



وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir/Al-Mukmin: 60)






Amin Ya Rabbal A'lamin...



p/s : Kepada Mr Right yang berada entah di mana, jaga diri dan hatimu.. kerana aku juga sedang menjaga hati ini untuk..... untuk Allah.. - bukan utk kamu ae, jgn perasan :P -



Menulis dari hati untuk KAMU





Thursday 22 August 2013

Dengarkanlah doa kami - Pray for Mesir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah.

Ummah semakin berpecah belah, berterabur seperti buih-buih di lautan.

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Ana sedih.. sedih.. sedih.. Ana percaya ramai lagi yang sedih, marah, kecewa, pilu atas penderitaan yang berlaku ke atas saudara se aqidah kita di Mesir sana. Ana tidak mampu nak buat apa-apa.. hanya boleh menadah tangan memanjatkan doa dan meniupkan roh jihad kepada mujahidin mujahidah di sana... ameen..
 
 
credit to
 
 

KISAH SINI DAN SANA
credit : HUSNA

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

credit



Kita di sini tidak mampu mengangkat senjata mahupun berada di barisan hadapan untuk berjihad.. tetapi kita ada senjata yang paling ampuh iaitu DOA. Ayuh, berdoalah! Mereka di sana memerlukan doa kita..
 
 
 
 

LAFAZ DOA QUNUT NAZILAH



اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
 
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
 
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
 
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
 
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
 
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
 
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

 
 
Menulis dari hati untuk Jundullah(tentera-tentera Allah)





Tuesday 13 August 2013

Syawal - Husna Kembali ke Alam Blogger!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh!
tak jawab dosa, kalau jawab.. Allah sayang..


Well2~ lama dah rasanya ana x update blog.. lama sgt.. sgt.. bukan sebab malas - err.. ad la sedikit kemalasan di situ- tapi kerana  mengenangkan luka lama, ohh, peritnya! -ececeh berdrama pula kita nih-

MAKA!

bersempena dengan kembalinya Husna Hafiza di alam maya a.k.a blog ini, Saya dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan and ucapan berjuta malah bertrillion terima kasih kepada all my readerss and supporterss -rosak bahasa english den- yang tidak berbelah bahagi menyuruh ana berkarya semula. Maka jika ada topic2 yang rasa nak suruh ana kupas atau ada masalah yang perlu di leraikan. Just tell me, I'm here to hear all of that -ececeehh-


DAN!


Ana ingin mengucapkan to all my readerss and fanss - err.. kipas-

EID MUBARAK TO EVERYONE!!
SELAMAT HARI RAYA..
تقبل الله مني ومنكم...

nak duit raya,, heheh :P
'
 So.. nak jugakla tyg gamba2 yg gedik2 time raya dgn family..huhu























pesanan ikhlas adari pihak penaja : lepas raya ni, gi kat penimbang berat -xkan penimbang ikan kot-  dan timbang berat badan anda. :D
AMARAN! : Jangan menjerit apabila melihat digit itu bertambah/menurun.t.q




Menulis dari hati untuk menulis kembali..