Sunday, 25 November 2012

Ukuwwah yang indah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
       Berhabuk dah blog ni ana tinggalkan, Ambil masa yang lama nak bersihkannya kembali... hehe.. otak pun dah mula manja-manja malas nk pikir idea. Maka! Hari ini ana paksa juga otak ini berdiri!  YEAHH! Suka naa sangat melebih-lebih.. hehe.. takpe. yang penting semangat kena ada an..?

       Sebenarnya terpikir-pikir juga nak buat entri tentang apa.. Since my mind is losing right now ...(errr.. bukan jadi kurang siuman ae..) Walaupun blog dah nampak uzur dan macam ade takde je orang bace.. nevermind... "aku menulis bukan kerna nama~~~" Melalut lagi..




Saya nak nukilkan satu puisi. Ada kaitan dengan tajuk ni sebenarnya..


Bila berukhuwwah
Terimalah kelemahannya dengan tangan terbuka,
Dengan lapang dada serta kemurnian jiwa
Bila berukuwwah...
Peganglah ia seeratnya,
Kerana ia adalah hadiah dari Allah buat saat suka duka.
Bersyukurlah jika kau punya sahabat,
Kerana ia adalah penguat langkahmu,
Betapa kita perlukan sahabat,
Kerana atas dasar iman,
Allah hadiahkan mereka tanda peringatan dan penghargaan
(puisi dari seorang teman)

       Ukhuwwah, perkataan ini acap kali di sebut. Sudah selalu dikupas malah semua orang telah memilikinya, merasainya keindahan berukuwwah ini. TETAPI, adakah kita benar-benar mengecapi maksud ukuwwah itu? Ukhuwwah bukan setakat diucapkan di bibir sahaja tetapi dilestarikan dalam hati..

Ukuwwah itu sangat indah

Ukuwwah itu terlalu indah untuk diungkapkan dan terlalu manis apabila dihiasi dengan kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Tidak semua orang menghargai tulusnya ukuwwah itu.. Kadang-kadang, kerana sebuah ukuwwah, air mata menitis kerananya.

Manisnya ukuwwah boleh dirasa jika berukhuwwah semata-mata kerna Allah. Ana baru diketuk kebenaran. (tuk..tuk..tuk.. hehe..) Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.


Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Ukuwwah kita setinggi mana?

Gunung?? oh .. tidak.. bukan itu.. Ukuwwah yang indah perlu dirasai dengan hati.. Kita sendiri boleh mengukur ketinggian ukuwwah tersebut. Ana sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Ana akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Ana mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, ana tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu. 






LAGU YANG SANGAT MENYENTUH HATI UNTUK MEREKA YANG BERUKUWWAH KERANA ALLAH ... HAYATILAH!
  - seiring sehaluan - unic



Sunday, 4 November 2012

Hidup untuk EXAM ke?



Assalamualaikum.. 

Exam fever datang lagi... so.. bile di'annaouce' exam semua akan rasa kecut perut, semua akan buat muka cemberut.. dan semua akan rasa tak keruan..  dan mungkin juga yang rasa gembira ..??
Whateva la awk.. yang pasti exam tetap akan datang even berbagai eksperesi muke yang kita buat.. hehe.. So.. bile exam menjelma.. semua akan kalut cari bahan, buat bahan, mem'bahan' .. Semua akan tanya resepi kejayaan senior-senior dahulu kala.. "kak, gane akak bole dapat A++ ni kak??",
" Wooww, bang!! Hebatnyeee abang ni... tolong ajar sikit" .. macam-macam situasi yang dapat kita lihat kan? ... for me.. exam is exam.. (memangla) .... for me.. apabila orang tanya petua saya belajar.. Saya akan cakap >>> " err.. kalau ada usaha, Allah pasti tolong... sebab itu janji Allah" .. Yakin dengan janji Allah!! Allah akan beri kejayaan kepada kita!! don't worry.. kalau usaha laa.. Kalau dok meratap depan sejadah mintak itu ini tapi usaha tak dak.. tak leh jugak an.. hik3~~

Kadang-kadang saya tanya pada diri saya.. kita ni hidup untuk periksa ke? kita pergi sekolah/kolej/universiti untuk exam je ke? Lepas belajar chapter ni.. exam.. terus takyah ingat dah.. itu ke ILMU yang saya cari..???


Cuba check dalam diri kita, ada tak ciri-ciri seperti berikut:


1.  Menganggap peperiksaan adalah segala-galanya. 
2.  Setiap masa fokus hanya tertumpu pada exam. 
Sehingga masa makan, riadah dan tanggungjawab lain diabaikan.
3.  Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan 'A' dalam genggaman. 
Hatta meniru, menipu, berpakat bahasa isyarat dengan rakan sebelah dan bermacam2 cara lagi. ( don't be like this k.. ^^ )


Macam mana, antum penuhi salah satu kriteria @ dua @ semua sekali?
Ataupun tiada? Kalau macam tu, baguslah ^.^


Bagi golongan yang merasakan dirinya memenuhi kriteria-kriteria yang disebutkan tu, heheh..
cepat-cepatlah muhasabah diri.

Sebabnya, golongan yang hidup untuk peperiksaan ini, 100% percaya bahawa kejayaannya adalah disebabkan keupayaan dan usaha mereka sendiri. 


Mereka lupa yang mencipta kemenangan itu adalah ALLAH. Dan mereka juga lupa yang menguji kegagalan itu juga adalah dari ALLAH. 


Mereka hilang konsep tawakkal.                                                                                 


Hasilnya, golongan ini langsung tidak membina hubungan dengan ALLAH. Apa yang ALLAH suruh, disanggah, apa yang ALLAH larang, dilanggar.

INGAT!! : Belajar kerana Allah, InsyaAllah berkat.. 



فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ  

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-imran:159)

Indahnya exam nanti, bila kita niat macam ni:
(dengan semangat membara!) Aku nak dapat 'A' ni, untuk ummah! Aku nak jadi muslim/muslimah . Aku nak sampaikan ISLAM pada semua oarang. Aku nak penganut agama lain tak pandang rendah lagi pada umat ISLAM. 
Ayuh semua, kita skor kedua-dua peperiksaan ini. Tapi, ingat! peperiksaan terpenting yang kita perlu skor ialah peperiksaan di akhirat kelak.


JOM! kita bersedia untuk menduduki peperiksaan terpenting.
Jom kita skor 'A' dalam peperiksaan sebenar. 

Wallahualam..Sesungguhnya saya  insan yang lemah yang sedang memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam..

Wednesday, 3 October 2012

Aurat Saya, Maruah Saya!!!




            Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat indah. Kerana keindahannya itu Buktinya??

 Allah sangat menjaganya dengan syariat-syariat yang terkandung pelbagai hikmah.
“Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-man pintu yang disukainya.”

 Allah jadikan wanita itu dipenuhi dengan kelembutan tetapi sangat teguh di dalamnya. Saya sebagai wanita.. (erk.. muda agi..).. Saya sebagai gadis yang comel merasakan Allah sangat sayang dengan saya. Sebab apa? Sebab Allah menjaga saya.. ^^ .. TETAPI, ade orang tak tahu pun Allah sangat sayang dengan dia. Dia langgar perintah Allah malah menzalimi diri sendiri. Menzalimi diri sendiri?? Ade ke orang sanggup menyakiti diri sendiri??

Firman Allah bermaksud:

"Dan bacakan kepada mereka (wahai Muhammad) khabar berita seorang yang Kami berikan kepadanya (pengetahuan tentang) ayat-ayat (kitab) Kami, kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar daripada mematuhinya lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya) maka menjadilah ia dari orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.  Tetapi ia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsu. Maka bandingannya adalah seperti anjing jika engkau menghalaunya ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikinlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruk bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[ Surah al-A'raf: 175-177 ]

Allah dah bagi peringatan supaya melakukan semua arahanNya dan meninggalkan laranganNya. Similinya apabila seorang ibu melarang anaknya bermain di tepi longkah kerana dikhuatiri jatuh. Mestilah ibu sayang kepada anaknya kan dan tidak mahu terjadi apa-apa pada anaknya.?

So.. dah abih dah melalut.. back to topic.. Ramai muslimah sekarang ni, tak tutup aurat dengan sempurna. Kita kecilkan skop. Bab TUDUNG.. ohh.. kalau kita keluar ke pekan atau Bandar.. hmm.. ramai kan yang tidak menutup mahkotanya itu. Bila ditanya kenapa tidak pkai tudung… ada sahaja alasannya.. siap sindir-sindir kita lagi yang pakai tudung.. Isbir ya qalbi.. sesungguhnya dakwah itu sukar…panjang...dan lambat… Kita perlu terus menasihatinya, mana tahu satu hari nanti akan terbuka hatinya? InsyaAllah… Setelah membuat ‘temuduga’ beberapa hamba Allah bolehla dicoret beberapa alas an yang ‘famous-amous yang selalu digunakan’.. Yang jawapan.. itu secara ‘roughly’ dibuat.. Jangan cakap camtu pulak!! Nanti kena penampo kang.. hehe.. Dakwah secara berhikmah ye.. ^^  

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
> Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok!!
> Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
> Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
> Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?
> Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
> Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler.
> Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku. 

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit
>. Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat. 

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Saya sangat sayang dengan semua orang lillah… Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"aurat saya maruah saya"

Wednesday, 26 September 2012



SAHABAT……
Tolong ingatkan aku..
Tentang dosa dan pahala,
Tentang syurga dan neraka,
Tentang dunia ini sementara,
Tentang akhirat yg kekal selamanya,

SAHABAT…
Tolong ingatkan aku..
Tentang aku beriman dengan Tuhan yang
satu yaitu Allah SWT,
Tentang Rosul pengutus yang mulia,
Tentang iman hari ini yang aku miliki, Yang dipertarungkan dengan siksa jasad dan
nyawa,

SAHABAT…..
Tolong ingatkan aku...
Tentang malaikat si pencatat amal,
Walau satu perbuatan tidakkan tertinggal,
Tentang malaikat penanya penyiksa di
kubur, Malaikat si penjaga neraka,
barangkali aku kan dihambat ke sana,
Malaikat si penyambut di syurga,
barangkali sedang menungguku dengan
senyum tawa...

SAHABAT….
Tolong ingatkan aku,
Tentang mati yang pasti,
Esok hidup belum tentu lagi,
Mungkin sebentar lagi mati, tak boleh lari..

SAHABAT…..
Tolong ingatkan aku...
Tentang kita adalah seorang,
Allah pemilik segala,
Tentang aku hamba yang hina semata,
Hamba tidak berdaya melainkan denganNya,

SAHABAT……….
Tolong ingatkan aku..
Tentang mulianya aku kerana Islam,
Berharganya aku kerana iman,
Terangnya jalan kerana Quran,
Dengan hadis, takkan sesat jalan.

SAHABAT………..
Tolong ingatkan aku..
Tentang ujian musibah hanya sementara,
Tentang nikmat-nikmat yang dititipkan
kepadaku
Tentang gembira yang aku mesti syukuri, Tentang perih derita, yang terdahulu. Tolonglah ingatkan aku..
Sebab aku selalu LUPA......





Tuesday, 18 September 2012

Menghargai Pemberian Seseorang






Assalamualaikum w.b.t. sudah lama saya tak berkarya dalam blog tercinta ini ( chewwahh.. ayat skema) hehe.. abaikan..  Kali ini, di saat ini, pada ketika ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih, syukran jazilan , jazakumullahu khairan khathiran kepada antum semua yang sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tidak seberapa comel ini. Jangan risau, even blog ni tidak comel tetapi tuan blog ni comel..… wink2!!.. ok.. stop merapu!  Saya ingin bertanya soalan kepada antum semua. Eh.. bolehkan saya gelarkan saudara/saudari semua ‘antum’? Boleh la tu.. hehe.. ok.. back to topicI like to talk about PRESENT OR GIFT atau bahasa mudahnya hadiah. Siapa tak pernah langsung terima hadiah atau pemberian dariapada seseorang? Semua orang pernahkan?  Kadang-kadang kita suka sangat hadiah tu tetapi kadang-kadang juga kita macam nak tak nak je terima hadiah tu..( terasa di hati ini…uhukk2~~). Kita suka mungkin kerana hadiah itu mahal, hadiah itu memang kita idam-idamkan atau mungkin ianya daripada orang yang tersayang? ( sape tu ehk..? ohohoh.. ). Kalau kita dapat hadiah yang macam.. err… kita tak berapa berkenan sangat… kita mungkin akan rasa nak tak nak je ambil.. dalam hati ni.. rasa.. “ishh!! Aku tak suka hadiah ni.. tak de yang lain ke?” – monolog dalaman. Or.. ada yang suka berterus terang sebab dia mengamalkan pepatah arab yang bermaksud ‘ berkatalah benar walaupun pahit’. Maka dia dengan secara jujurnya mengatakan yang dia tidak suka hadiah daripada polan bin polan nih depan dia.. ( -- macam kejam sangat pulak scene nih..^_^”). Berbagai monolog dalaman yang akan terlintas dalam hati kita apabila kita menerima sesuatu pemberian dan iringilah monolog dalaman antum  dengan zikrullah.. (ingat pada Allah) supaya syaitan tak tukar monolog dalaman kita daripada positif ke negative. Renungan bersama.. ^_^.
Saya inigin berkongsi sirah dimana Rasullullah mempamerkan akhlak yang sangat cemerlang,gemilang dan terbilang dalam menerima pemberiaan seseorang walaupun pemberi tersebut mempunyai niat lain di sebalik pemberiaanya.. ikuti sirah ini.. cheng3!!.. ACTION!!

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

I’brah yang boleh kita ambil daripada sirah ini ialah : Rasullullah mengajar kita yakni umatnya supaya menerima pemberiaan seseorang dengan ikhlas… sangat-sangat ikhlas. Kalau tak ikhlas cuba juga sedaya upaya untuk ikhlas.. insyaAllah ada kebaikan di sebalik pemberiaannya walaupun kita nampak macam..kecil je..ex : duit seposen..(10sen).. boleh buat macam-macam tau dengan seposen nih! Selain itu, kita jangan memperlekehkan atau merungut dengan pemberiaan seseorang. Ni.. kalau dapat seposen.. dia pergi campak seposen tu dalam longkang ( buat seposen tu macam tak berguna langsung!) ..haihh~~ jangan ae buat gitu.. kecil hati orang tu.. Kita kan kena jaga hati semua orang. Kalau kita jaga hati orang lain. InsyaAllah ramai orang yang akan jaga hati kita.. ^_^. Di samping itu, kepada pemberi hadiah, pemberi perlulah memberi pemberiaan yang paling terbaik sekali kepada penerima.( erk.. betul tak ehk tatabahasa tu..?) Bak kata orang bijak laksana…” berilah sesuatu yang paling kau saying” – saya pun tak tau mana saya dapat frasa nih.. tapi.. ada betulnya juga.. sebab kalau kita bagi benda yang paling kita sayang mestilah kita akan beri kepada orang yang paling kita sayang dengan harapan dia akan menyayangi pemberiaan itu sama seperti kita menyayangi bende tersebut. ( saya buat spekulasi sendiri.. hehe). So.. menjelang birthday saya tak lama lagi nih.. bolehla beri hadiah yang paling antum sayang sekali kepada saya.. InsyaAllah saya akan menjaganya ‘bagai menatang minyak yang penuh’!! – ayat penuh semangat ni! Hehe..
Syukran dan terima kasih dan aligatok!

Sunday, 9 September 2012

Tidak semua orang suka kita


Kenapa saya cakap macam tu? Sebab manusia ni hati dia kan lain-lain. Kita rasa kita da cukup senangkan hati orang lain, buat orang lain gembira...tapi dalam diam kita tak tahu rupa-rupanya ada yang tak menyenangi diri kita. Dalam banyak-banyak yang suka kat kita, rupa-rupanya ada yang tak suka kat kita.

Ha... Bila da jadi macam ni, nak buat macam mana?
  1. Gi mengadu kat Wall Facebook: "Kenapa dia tak suka saya...?"
  2. Gi wat entri kat blog: "Dia tak suka saya..."
  3. Gi carik crowd (selalunya kat group-group Facebook), hebahkan: "Dia tak suka saya, sape nak join geng tak disukai ramai?"
  4. Gi buat page kat Facebook: "Kami benci orang yang tak suka (nama)."
TAPI kita sebagai orang yang BERAKHLAK MULIA, jangan buat seperti di atas.hehe... Kamu-kamu pulak yang jadi geng tak suka. Buat geng donat, takpe~ Hahaha~ Kool beb...bak kata sorang pakcik ni, buat dek je...biarlah mereka tu. Yang suka kamu lagi ramai dari yang tak suka.

Tapi, kena cek balik jugak, kenapa mereka tak suka sebenarnya...mungkin ada sesuatu di sebalik semuanya (fuhh..ayat skema!). Mungkin ada cara dan gaya kamu yang kurang menyenangkan hatinya. Cewah, ayat romantik tahap berapakah ini???

Kalau boleh bertanya, tanyalah meraka yang tak suka tu, kenapa? Kalau tak boleh nak tanya, takpe lah...rasa-rasa ok je, tak mengganggu kehidupan seharian dan tak kaco tido malam, stay cool je la~ Teruskan kehidupan macam biasa sambil perbaiki mana yang patut. Tanya kawan-kawan rapat ke, ape yang tak ok tentang kita. Biasanye diorang ni boleh bagi pandangan setulusnya tentang kita...tapi tak semuanya berani membuka mulut tanpa diminta. :)
~ sekian~

Friday, 31 August 2012

TUNANG TANPA SEDAR



Suatu hari di kelas, Lecturer kami tiba - tiba mengutarakan soalan  tentang rukun - rukun tunang. Saya hanya dapat mengulas serba sedikit dalam hati kerana tidak yakin dengan fakta yang sedia ada. Al Maklumlah sudah lama tidak mengulangkaji apatah lagi menyebarkannya. Setelah dicari - cari dan 'blogwalking' akhirnya saya terjumpa dengan blog yang sangat sweet dan membicarakan tentang perkara ini. credit to http://perkongsianyangindah.blogspot.com .. Syukran jazilan ya ukhti.. jazakallahu khairan kathiran.. May Allah bless you.. Amin..



'FIRST POINT : BERTUNANG TANPA SEDAR

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


SECOND POINT : NAK YANG KUKUH ATAU TIDAK?

Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Spesifiknya, adat yang tidak bertentangan dengan syariat. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kaedah syarak. "Al-Adat muhakkamah".

Hukum dan Perlaksanaan Hukum

                “Saya nak bertunang pakai sms. Kata ustaz saya, hukumnya sah. Pakai ibubapa makin menyusahkan saja. Islam itu kan mudah,” kata seorang remaja.
                Ramai remaja terkeliru soal hukum dan soal perlaksanaan hukum. Hukum itu senang diceduk daripada kuliah fikah atau kitab fikah. Perlaksanaan hukum pula perlukan model atau guru.  Buku-buku karangan ulama muktabar kontemporari banyak membantu dalam hal ini.
Bagaimana perlaksanaan hukum yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat? Mereka sangat meraikan hubungan dengan Allah, kepentingan dakwah, kaca mata sosial kemasyarakatan, budaya setempat dan lingkungan zaman.
                Hukum fikah adalah tentang batas minimum. Ada soal lain yang berupa akidah dan akhlak yang perlu diambil kira. Perlaksanaan hukum yang ideal ialah perlaksanaan hukum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek ini.
Akidah Islam meyakini Rasulullah SAW itu contoh terbaik. Selongkarlah kisah pertunangan Nabi SAW. Hampir semua calon isterinya ‘diminta’ dengan perantaraan orang tengah. Ada juga kisah Rasulullah SAW meminang terus kepada janda bernama Ummu Hani’ binti Abu Thalib. Itupun pinangan baginda ditolak. Yang pasti, baginda sangat mendahulukan wali bakal isteri apatah lagi jika bakal isteri itu seorang gadis.
Akhlak Islam pula amat menitik beratkan berbuat baik kepada orang tua (birrul walidain). Birrul walidain dalam soal ini ialah memohon restu, berkomunikasi dengan baik dan memberitahu tanpa berahsia. Sebagai orang tua, mereka sangat ingin menilai dahulu calon menantunya dan memberi buah fikiran.
Jika anda rasa ianya menyusahkan, bayangkan suatu ketika nanti, anak remaja anda pulang dari sekolah kemudian berkata,
“Ayah, mak, saya sudah bertunang. Pakai sms.”
Hmm, susah tak hati anda tika itu?

Analogi Pak Imam Berkain Samping
                Untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang hukum dan perlaksanaan hukum, saya bentangkan beberapa analogi.
                Bayangkan seorang Pak Imam datang ke masjid dengan memakai kain samping yang menutup dari pusat hingga ke lutut. Dia tidak memakai baju. Seluar atau kain pelikat pun tidak dipakai. Kain samping itu sahaja yang dipakainya.
                Makmum asyik berbisik-bisik. Pak Imam tidak peduli. Dia bertakbiratul ihram. Azamnya, dalam kuliah Maghrib nanti, dia akan maklumkan kepada semua bahawa dia melakukan hal itu dengan ilmu hukum fikah.
Segelintir makmum bersolat di belakang dengan kepala berselirat tanda tanya. Dalam solat sebelum ini, mata asyik tertumpu pada tempat sujud. Kali ini, mata mereka nakal membilang bulu roma di betis Pak Imam. Ramai makmum keluar masjid. Menghidupkan kenderaan lalu mencari masjid lain.
Adakah sah solat Pak Imam tersebut?
                Ya, solatnya sah! Dia sudahpun memenuhi tahap minimum menutup aurat. Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Tapi, adakah perbuatannya itu boleh mengundang mudarat dan menendang maslahah?
                Saya percaya, jika situasi ini berlaku, ramai makmum terpaksa berperang habis-habisan dengan jiwa mereka untuk berbaik sangka terhadap tahap ‘kewarasan’ imam tersebut. Meskipun dia melakukan sesuatu yang ‘sah’ namun perlaksanaannya tidak meraikan maslahah (perkara yang mengundang manfaat dan menolak mudarat).

Analogi Ayah Mengahwinkan Kanak-Kanak
                Bayangkan seorang bapa sedang termenung di tangga. Dia risaukan anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Melihat parahnya pergaulan bebas dalam masyarakat, dia terfikir untuk mengahwinkan sahaja anak perempuannya itu. Dia lalu membelek kitab fikah untuk mengkaji tentang rukun nikah dan syarat sahnya.
                Suatu hari, si anak pulang dari sekolah tadika sambil menggalas beg. Tangan kanannya memegang batang aiskrim dan tangan kiri memegang gula-gula berbatang. Hingus meleleh keluar.
Ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki. Apabila kanak-kanak itu tiba, si ayah berkata,
                “Ini suami kamu. Lepas salin baju sekolah nanti, ikut dia,” kata si ayah.
                “Suami tu apa ayah?” tanya si anak sambil menyedut hingusnya dan ia meleleh semula.
                Ibu kepada kanak-kanak itu merah padam mukanya tatkala mendengar perbualan itu. Dia keluar dari dapur dengan penyudip masih di tangan.
                “Eh, bila masa pula anak saya berkahwin? Saya tak izinkan!” katanya dengan nada tinggi.
                “Awak jangan sibuk! Awak izin ke tak izin ke, perkahwinan ini sah di sisi Islam.  Jangan lawan hukum. Hukum membolehkan ayah mengahwinkan anak gadisnya. Ianya sah!”
                Ya, perkahwinan itu sah! Izin ibu bukanlah termasuk dalam syarat sah nikah. Begitu juga persetujuan anak kecil dan batas umur si anak, ia tidak mempengaruhi sah atau tak sahnya nikah.
                Namun, jika situasi ini berlaku, saya percaya manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah. Protes besar-besaran tidak mustahil boleh tercetus untuk membela kanak-kanak itu. Tidak kira agama, bangsa dan negara, semuanya akan seia sekata.
 Ini sebuah lagi contoh orang yang melakukan sesuatu yang ‘sah’ tapi perlaksanaannya tidak meraikan maslahah dan keadaan zaman yang berubah.
Dia mungkin merasakan orang lain tidak memahami hukum. Hakikatnya, dia telah melaksanakan hukum tanpa merujuk kaedah-kaedah sebenar yang diajar Rasul dalam mempertimbangkan maslahah(kebaikan), mafsadah (keburukan), lingkungan zaman dan sebagainya.

                Mahu Yang Rapuh atau Yang Kukuh?
                Remajaku sayang,
                Jika anda memilih cara bertunang semudah menghantar sms, tidakkah anda membayangkan betapa rapuhnya ikatan itu?
Bayangkan situasi ini:
                “Saya suka awak. Saya rasa nak kahwin dengan awak,” seorang lelaki menghantar sms.
                “Sayapun suka awak. Sayapun rasa nak jadi isteri awak,” balas si gadis.
                “Kalau begitu, kita dikira bertunang. Jangan terima orang lain, tau,” pesan si lelaki.
                “Jumpalah mak ayah saya dulu, baru kita dikira bertunang,” pinta si gadis.
                “Ustaz saya kata, bertunang itu ialah teruna dan dara berjanji untuk bernikah,” kata si lelaki.
                “Eh, apa beza bertunang dengan bercoupling macam kita ni?” keliru si gadis.
                “Entah?! Ah, sama je tu!” jawab si lelaki.
                “Tapi, ustaz saya kata, antara tujuan bertunang ialah untuk mengetahui persetujuan wali sebab wali adalah salah satu rukun nikah nanti,” kata gadis itu.
                “Itu zaman dulu. Kita sekarang dah canggih. Tak perlu cincin, tak perlu hantaran, hantar sms terus bertunang. Ingat, awak tunang saya! Haram lelaki lain pinang awak tau,” kata si lelaki.
                “Hmm, kalau macam tu, kita putus tunang sajalah sekarang!” tegas gadis itu.
                Untuk apa bertunang, jika tidak sampai lima minit? Keliru pula antara bertunang dan berpacaran.
Beginilah yang terjadi. Jika Islam yang mudah diambil mudah untuk bermudah-mudah, situasi jadi tambah rumit dan payah. Ikatan pertunangan yang sepatutnya teguh dengan komitmen keluarga, menjadi sangatlah rapuh.

Seboleh-bolehnya Raikan Adat Selari Syariat
                Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, dipetik daripada buku Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi, “Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.”
                Begitu juga pertunangan. Banyak adat-adat yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat yang elok kita raikan.
                Jika ditanya, mana lebih penting antara adat dan syariat? Sudah tentu jawabnya syariat. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
                Namun, jika ditanya adakah adat itu tidak penting? Jawabnya, adat itu penting! Cuma syariat jauh lebih penting.
Jangan pandang negatif pada semua bentuk adat. Adat yang baik mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ada kaedah syarak menyebut, “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum.
Contohnya, adat memberi cincin tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Dengan adat ini, lebih senang untuk mengenal pasti mana satu wanita yang sudah bertunang atau belum.
Begitu juga adat memberi hantaran meminang, ia tidak bercanggah dengan syariat. Bahkan, Islam menggalakkan kita saling memberi hadiah agar kita saling berkasih-sayang.

Pilihlah Yang Rapuh atau Yang Teguh
Remajaku sayang,
Anda semua bijak-bijak belaka. Pilihlah mahukan pertunangan yang rapuh atau yang teguh. Anda boleh memilih sesuka hati. Namun bersedialah menghadapi impak di kemudian hari.



SOAL PADA DIRI ,
ADAKAH PERTUNANGAN TANPA SEDAR ITU KUKUH,
YANG MANA TERBAIK?

Wednesday, 29 August 2012

Maafkan Aku Ya - Allah ~~~Amalan - amalan Penghapus Dosa


1. Taubat

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasul saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)

 2. Lapang dada (Samahah)

Rasul saw bersabda, “Malaikat menyambut roh seorang lelaki dari orang sebelummu. Mereka bertanya, ‘Adakah engkau pernah beramal kebajikan?’ Roh itu menjwb, ‘Aku pernah menyuruh anak-anak  mudaku untuk bersikap samahah kepada orang susah dan memaafkan orang-orang  berada,’ maka Allah swt berfirman, ‘Maafkanlah.” (Dirwayatkan oleh Bukhari)

 3. Mengucapkan salam dan berkata yang baik

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”

 4. Berjabat tangan

Rasul saw bersabda, “Tidakkah dua orang Muslim bertemu lalu bersalaman melainkan dosa keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

 5. Qiyammullail

Rasul saw bersabda, “Kerjakanlah qiyammullail kerana  ia kebiasaan orang-orang solehsebelummu, ia mendekatkan diri kepada  Allah, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan yang beragam dan mengusir penyakit hasad atau dengki.” (Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi)

 6. Solat tasbih

Abu Hurairah ra berkata, “Rasul saw berpesan kepada  Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang  engkau menjalankannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang  kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang  sama. Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika  tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)

 7. Menegakkan had (Hukuman)

Rasul saw bersabda, “Setiap hamba yang terjerumus kepada  larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)

 8. Menjauhi dosa-dosa besar

Allah swt berfirman, “Jika  sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)

 9. Sabar saat ditimpa masalah

Rasul saw bersabda, “Manusia yang paling besar ujiannya adalah para nabi kemudian yang ditingkatkan sesudahnya lalu orang yang di bawahnya orang lagi. Seorang lelaki diuji sesuai dengan kadar kemampuan beragamanya (imannya). Jika  dia teguh memegang agamanya, ujiannya lebih berat dan jika lemah dalam beragama, maka ia dicuba sesuai dengan kemampuannya. Seorang hamba terus menerus diberi cubaan sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan tak punya dosa dan kesalahan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

 10. Berwudhuk

Usman bin Affan berkata, Rasul saw bersabda, “Siapa saja yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan-kesalahannya sampai keluar dari hujung kuku-kukunya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 11. Solat

Dari Abu Hurairah ra, ia, mendengar Rasul saw bersabda, “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai mengalir di depan pintu rumahmu kemudian kamu mandi di sungai tersebut setiap hari 5 kali. Adakah tubuhmu berdaki?” Para sahabat menjwb, “Tentu tidak ada kotoran pada akami sedikitpun. “Maka Rasul saw berkata, ‘Itulah perumpamaan solat yg 5 waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa org yang mengerjakan solat.’ (Diriwayatkan oleh Bukhari)

 12. Sujud kepada  Allah swt

Rasul saw bersabda, “Hai Abu Fathimah, perbanyakkanlah sujud, kerana  tidaklah seorang Muslim sujud kepada  Allah sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkatnya ke satu tingkatan (syurga) dan akan dihapus baginya satu kesalahan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)

 13. Mati fisabilillah

Dari Abu Qatadah berkata, “Ada seorang lelaki berdiri lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku terbunuh f isabilillah, kesalahan-kesalahanku dihapus?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika  kamu mati fisabilillah dalam keadaan sabar dan mencari redha Allah serta tampil menghadapi perang bukan berpaling darinya.’ Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ‘Bagaimana pertanyaanmu tadi?’ Lelaki itu kembali bertanya, ‘Adakah dosa-dosaku diampuni, jika aku mati fisabilillah?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika engkau sabar, mengharap redha Allah, serta tidak berpaling dari peperangan itu, kecuali hutang (tidak dianggap lunas). Jibril datang membisikkan kepadaku tentang hal itu’.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 14. Puasa Ramadhan, Arafah dan Asyura

Rasul saw bersabda, “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana  mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 15. Haji dan umrah

“Sertakan haji dgn umrah, kerana keduanya akan menghilangkan kekafiran dan dosa-dosa  sebagaimana pandainya besi melenyapkan karat pada besi.” (Diriwayatkan An-Nasa’I dan Ath-Thabrani)

 16. Sedekah

Allah swt berfirman, “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang  fakir, maka hal itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus darimu kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah : 271)

 17. Zikir

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’ itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)