Saturday, 29 December 2012

Recheck Tahun 2012

Tik , tok . tik , tok .... KRING!!

Assalamualaikum...


30 December 2012... Hari ini saya akan meninggalkan rumah tercinta.. Merantau di negeri orang jauh nun ke pantai timur. Bumi Ulul Albab a.k.a Besut Terengganu. Sedih memang sedih. Siapa yang tidak sedih meninggalkan bonda tercinta, Berat rasa hati. Hanya kepada Allah ku panjatkan doa demi menjaga keselamatan ibu dan adik-adikku yang jauh dimata..

creditto : akak manis. mintak pinjam gamba ye!


Haihh.. Keluhan berat terhembus. Kembali semula ke Kampus Sultan Mizan yang belum lagi sebati dalam diri ku. Saya masih orang baru. Tidak mengenali rentak hidup di sini kerana hati belum melekat di sini. Akibatnya telah dicampakkan kepadaku. Mendapat result exam tidak secemerlang orang lain. Susahnya hendak memautkan hati di bumi penuh ilmu dan cendekiawan ini. Kadangkala saya tertanya-tanya. Adakah ini takdirku.. Jika benar ini takdirku.. Kau permudahkanlah setiap urusanku. Tetapi permintaanku mungkin dianggap mulia oleh Allah. Allah berikan ujian lagi. Hanya saya yang rasa. Allah mahu menguji saya. Hanya saya yang tahu.

Alhamdullillah.. biah di sini tidak jauh bezanya dari zaman sekolah menengah dahulu. Salam ukuwwah tetap dihulur mesra oleh sahabat-sahabat. Ukuwwah hati mula bertautan dia antara kami. Sangat manis!. Tapi .. saya tetap rasa sendirian. Saya masih lagi mengidam cita-cita yang terkubur. Akibatnya, saya tidak nampak cita-cita di depan mata. Allah! . Saya melupakan perkara yang pertama yang perlu diutamakan. Iaitu menuntut ilmu lughatul quran. Saya terbuai dengan cita-cita yang tidak mungkin saya bina kembali. Saya lupa saya sedang mendalami bahasa syurga, bahasa yang paling mulia! Ya Allah, tetapkanlah hatiku..

Saya bukannya alim, saya bukannya pandai, saya hanya biasa-biasa. Tetapi azam saya tahun ini. Saya akan serlahkan permata berkilau dari dalam diri saya. Saya terlupa visi hidup saya " Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat". Akan saya genggam visi ini menuju misi yang satu iaitu .. Mardhatillah.

creditto : www.iluvislam.co 



Apa azam anda tahun ini??
Refresh azam!!
Dari Saidina Ali RA "beruntunglah seseorang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah seseorang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah seseorang yang hari ini lebih buruk dari semalam."

No comments:

Post a Comment