Sunday, 14 April 2013

MASA TIDAK MENCEMBURUI KITA. -take note!-

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. jawab jangan tidak jawab..

     Lama dah rasanya tidak berkarya actually membebel dalam blog sendiri. Rindu rasanya nak berkongsi rasa hati.. hahahah.. abaikan ayat merapu-rapu tu. 

     Sekarang otak pun bercelaru dengan macam-macam perkara. Rasa macam satu hari nak lari dari segala benda dan duduk di tempat yang indah ala-ala dalam cerita dongeng fantasi dan nak rehat sahaja satu hari.. just only one day~~
    

Namun, sedarlah wahai cik Husna Hafiza, anda tidak akan beroleh peluang sebegitu.
Hampa~~

Masa berlalu sangat pantas. Masa sebenarnya tidak mencemburui kita tetapi masa sudah memberi peluang untuk kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya tetapi apa yang telah kita lakukan dengan peluang yang hadir itu?

A : Alaaa.. aku ingatkan due date assignment ni bulan depan. Tup2! kata esok kena hantar. Ni yang STRESS ni!!

B : Malas lah aku. Esok-esok, lusa-lusa je la aku siapkan.

C : It's play time, wohhooo!!

Nampak tak? Segala punca TIDAK CUKUP MASA bermula dari diri sendiri walhal Allah dah bagi semua manusia ni sama sahaja tempoh waktunya iaitu selama 24 jam. Tidak pernah pula ana dengar manusia jerit "ARGHH, aku ada 20 jam je hari ni!!"

     Rasanya setiap hari kita mendengar keluhan "tidak cukup masa'' kerana 24 jam sehari tidak mencukupi untukuk melakukan pelbagai perkara sehinggakan ada antara kita terpaksa mengunakan waktu rehat di malam hari semata-mata untuk menyiapkan tugasan.

    Cuba kita duduk sejanak dan senaraikan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari ini dan tempoh yang yang diambil. Pasti kita akan menyedari saat-saat yang terbuang begitu sahaja yang jika dimanfaatkan, masa 24 jam itu akan terasa sangat cukup.

DEMI MASA!
Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kita perlu bijak mengatur masa atau kelak kita akan menjadi orang yang rugi






so.. Muhasabah diri anda dengan masa anda.. peringatan untuk ana juga... ^_^





Semua orang sibuk. Siapa yang tidak sibuk itu tandanya dia malas!



No comments:

Post a Comment