Peace yo!
Firstly, ini mungkin entry terakhir untuk bulan ini
DOMPET HILANG??!!!
Ok-ok, bertenang semua bukan dompet ana yang hilang, tapi domepet adik ana. Biasala baru buka sekolah macam-macam nak dibayarnye Duit pun bertimbun-timbun lah bawa dengan harapan langsai la segala hutang-piutang dengan makcik kantin, kawan-kawan dsb.
Yang peliknya, adik ana dia 'relax' je macam takde mende yang berlaku dan seolah-olah hanya RM 1 sahaja yang hilang. -seringgit pun duit tau!- Tanyalah dia "ngah, nape ayong tengok angah relax je? Da la dalam tu ada banyak duit yang penting ic tuh!" Jawapan dia lagi best.
"Nak wat camne, bende dah jadi. Nak menangis terpekik terlolong pun bukan dapat balik pun dompet" Selamba dia jawab dengan muka toya tak berperasaan sambil suap ais kacang dalam mulut. Ana dah ternganga sambil kagum dalam hati. "Bagus betul adik ana nih, tenang je tanpa perasaan ^_^ , ikut perangai akak die lah ni ". ERK?!
TIPs BILA DOMPET HILANG
1. Apabila dompet hilang SILA BERTENANG.
Baca doa nih :
Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) (Hadith riwayat Muslim)
2. LAPORKAN PADA POLIS serta merta jika hilang ditempat awam.
3. Pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk MEMBUAT IC BARU
4. .Pergi ke bank untuk DEATIVATE CARD BANK yang hilang tu.
5. REDHA dengan musibah ini, kerana mungkin duit tu bukan rezeki untuk kita guna.
-smile always-
p/s : ini belog adik ana, marilah jenguk dan kenal-kenal dengan tuan tanah yang sangat garang tapi peramah.. Tinta Sufi
Menulis dari hati untuk SENTIASA REDHA
Allah sentiasa menduga buat hamba-hambaNya yang dikasihi.Alhamdulillah..Insyaallah..kesabaranmu pasti diganti..:)
ReplyDeleteapa apa pun redha sahaja dengan ujian Allah kan ? :)
ReplyDeletebtw saya singgah ^^