Sunday, 20 October 2013

Allah lebih sayangkan dia


كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت
Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati

Assalamualaikum warmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah.

Hari jumaat tanggal 18/10/2013, salah seorang senior ana -tua setahun dari ana- telah kembali ke rahmatullah. Mengapa ana nak kongsikan kisah pemergian arwah?

kerana..

Semua yang mengenali arwah amat merasai pemergian arwah hatta ana yang tidak mengenali peribadinya secara rapat pun, ana merasai kepiluan hilangnya seorang daie.
Semasa zaman arwah, arwah memegang jawatan sebagai Biro Agama di sekolah ana dan ketokohan arwah sangat dikagumi. Guru-guru di sekolah amat menyanyangi arwah begitu juga dengan sahabat seperjuangan arwah. Ukuwwah mereka, Subhanallah.. diibaratkan seperti adik beradik! Sangat rapat! MasyaAllah.. Semoga ana ditemui denga ukhuwwah sebegitu erat. InsyaAllah..
Berita tentang kemalangan arwah di Sinar Harian



Ini adalah sajak nukilan sahabat arwah, menitis air mata ana membaca nukilan beliau.

[BUAT MU DAIE]

Benar, janji Allah, setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Dan bila tiba masanya, ia tidak akan dipercepatkan mahupun dilambatkan walaupun sedetik.

Hujan yang renyai membasahi bumi, tanda rahmat Ilahi. Tidak disangka, hujan yang nyaman itu tanda pemergianmu. Sungguh, ku idamkan suatu hari kita dapat berkumpul bersama kembali, mengapai memori-memori yang sudah lama menyendiri. Tapi apakan daya, impian itu mungkin tercapai tanpa engkau berada sekali. Janji Allah itu pasti, jika bukan disini, aku akan ketemui mu di akhirat nanti.

Seorang sahabat. sesekali seorang adik, ada masa engkau menjadi abang kepada kami, membimbing sepasukan pelajar yang lemah ke arah cahaya kebenaran. Kita bersama memikul amanah sebagai ketua pelajar suatu ketika dahulu, engkau mengenggam erat amanah sebagai Bira Kerohanian, satu posisi yang aku rasa amat sesuai dan padat dengan susuk tubuh engkau, seorang Daie. Kita bersama menyimpan impian ke Darul Quran, menjadi Huffaz, mencerah langit ilahi. Engkau tidak pernah lokek berkongsi ilmu, menjadi pendengar sejati.

Engkau sering menasihati aku bila aku lalai, engkau sering menemani aku tika aku sunyi, engkau selalu berada disisi aku bila aku gembira, tawa mahupun sepi. Engkau banyak mengajar aku erti kehidupan, erti seorang hamba menggapai keredhaan. Sekali aku merasakan tidak adil engkau pergi dahulu sebelum aku, sedangkan jasa engkau lebih diperlukan dimuka bumi ini. Inilah ketentuan, sayang Tuhan pada mu.

Sampai suatu hari nanti, aku akan memikul perjuangan engkau wahai sahabat, aku akan teguh dalam perjuangan ini, mencari keredhaan ilahi, membimbing ummah kepada cinta sejati. Meskipun kekosongan yang engkau tinggalkan tiada berganti, aku akan terus berdiri, mencari para daie, mengegarkan alam ini.

Kesolehanmu begitu murni menghiasi hidupku sahabat sejati. Pergilah engkau ke syurga abadi, kami akan pergi menemui mu selepas ini.

Dari sahabat mu,
Zulfahmi Saifuddin

Fuad Ahmad, 18 Oktober 2013. Syurga buat mu sahabat



Kenangan gambar arwah bersama sahabat


Moga roh arwah AHMAD FUAD DIRAHMATI DAN DIREDHAI ALLAH..Bagi sahabat2 yang mengenali arwah..Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk arwah..Mudah2han sampai pahalanya kepada Arwah..
p/s : tengah pikir pengakiran hidup ana, adakah husnul khotimah atau sebaliknya... check amal!

menulis dari hati untuk pemergian seorang daie






1 comment:

  1. Takziah.
    Salam ziarah. Jemput bertandang ke Inspirasi Wanariahamiza.

    http://wanariahamiza.blogspot.com/

    ReplyDelete