Saturday, 12 January 2013

CINTA SUKA-SUKA



Bismillah..
Assalamualaikum...

Semoga semua di dalam keadaan sihat wala'fiat. Amin.. Sebab ana demam. Nasib baik demam time weekend. Dapatlah tunggu sampai demam kebah. Alhamdullillah dah sihat. So.. jangan risau-risau peminat-peminat ku.. >_< .. macamlah ada peminat. 

Anyway, disebabkan demam yang tiba-tiba menyerang. Kepala pun pusing-pusing macam baru lepas naik roller coster. Maka, otak mati idea nak tulis pasal apa. Then!! tadaa!!  Akhirnya, selepas diselongkar all files dalam hardisk ni. Jumpa juga benda yang menarik even dah berhabuk sedikit. hehe.. Hope you will enjoy it! 

AMARAN!!
Sila baca berkali-kali untuk mendapatkan kefahaman yang jitu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------





CINTA SUKA-SUKA

Ku ingat lagi, karya itu ku tujukan khas kepada para pelajar sekolah yang sedang hangat bercinta dan 'bercouple' tanpa hubungan yang halal dan sah. Kadang-kadang, aku lihat makwe dan pakwe diaorang tu macam tak ada karakter langsung menjadi seorang isteri dan suami yang bertanggungjawab. Setakat suka-suki berpasangan tanpa ada niat pernikahan, lebih baik hentikanlah adik-adik!

Ha! Inilah hasil karyaku tatkala di tingkatan dua setelah diubah suai sikit-sikit dewasa ini. Yep! Memang aku suka berceloteh panjang di atas kertas pada ketika itu. Ia adalah hasil gabungan beberapa tajuk lagu yang disusun menjadi karangan. Karya ini aku tujukan khas kepada para pelajar sekolah! Sila baca ye adik-adik =)

"LU FIKIRLAH SENDIRI"

Ibu selalu pesan jangan 'sedang ingin bercinta' Dewa sebab 'doa tulus' Hijjaz hanya 'ada untukmu' Nubhan yang 'menuju puncak' Akademi Fantasia. Elleh! Tak kan tak faham kot! Maksudnya, 'ketulusan hati' Anuar Zain dalam menuntut ilmulah! Hal ini supaya 'miracles happen' Myra menjadi kenyataan dan 'revolusi' Bunkface bukan hanya sekadar 'khalayan' macam Vee.

Dulu, aku pun pernah 'ada cinta' macam Acha Septriasa dengan Irwansyah. Yelah, 'berdua lebih baik' katakan! Pada masa itu, aku masih 'fifteen' macam Taylor Swift ketika 'love story' bermula. Mula-mula memanglah macam Ratu 'teman tapi mesra' tapi bila dah Adam selalu tanya 'Hai, siapa nama? Boleh kenal atau pun tidak?' mulalah timbul 'sayang-sayang' Alif Aziz antara aku dan dia. Ibu selalu pesan kalau dia 'lebih tahu' macam Mila. Katanya padaku 'remaja, ingatlah masa depan mu' kerana ilmu itu 'pelita hidup' Hijjaz yang berharga ibarat 'permata yang dicari' DeHearty. Nasihat macam tu kasi kat budak-budak 'ABC' Hum Sath Sath Hein boleh lah 'tapi bukan aku' Kerispatih, 'bukan di sini' Sofaz lah! Bagaimana aku tak 'pening' macam Ezlyn dan Dato' M Daud Kilau? Manakan tidak, UNIC dah 'lafaz yang terpendam' bahawa aku ialah 'insan bernama kekasih' dan berhasrat untuk menjadikan aku 'kasih-kekasih' In Team dalam membina 'impian kasih'.

Walaubagaimanapun, Ibu selalu ingatkan 'don't speak under what you thinking' macam Gwen Stafeny. Nak buat macam mana? Aku dah 'fall for you' dengan Secondhand Serenade. Lagipun, aku bukannya 'satelit' Elliyana yang boleh dikawal ketat macam 'robot' Adam. 'Di hati ini, hanya Tuhan yang tahu' bahawa 'sesungguhnya' Raihan telah terpukau dengan 'cinta pertama' Far East. 'No one' Alicia Keys can 'never stop' kan aku macam Hillary Duff lah! Bukannya apa, Najwa Latif sering menyanyi 'lagu kosong' bila Sleeq tidak lafazkan janjinya 'untuk dia'. Hal ini kerana, Jamal Abdillah selalu bilang 'kau kekasih awal dan akhir' maka, aku pun terpukau dengan 'percayalah sayang' Vince dan 'janji ku' Sofaz. Sebenarnya, Sanisah Suri pun sendiri mengaku 'sejak ku bertemu pada mu' bahawa 'cinta pantai merdeka' Jinbara semakin mengingatkan aku ke Daffi 'bila terasa rindu'. Jinbara pula selalu menyebut 'Farhana oh Farhana' bahawa 'Zakiah' hanya 'kisah dongeng' Stacy. Jadi, beerti akulah 'cinta terakhir' Aiman. Oh! Celine Dion , I promise that 'my heart will go on' until Green Day bid farewell 'when september end'

Sean Kingston mengaku bahawa dia memang minat pada 'beautiful girls' apatah lagi pada 'uptown' girl' Westlife. Jadi, aku pun 'menunggu' macam Rossa. Semata-mata mahu mendengar Anuar Zain menyatakan padaku 'lelaki ini yang selalu mencintamu' sekali gus melafazkan kata-kata Siti Nurhaliza 'aku cinta padamu, sungguh'.Oh 'wanita' DeHearty ibarat 'muslimah' kepunyaan Nazrey Johani. Siapa yang tak cair dengan 'burunon cinta' The Lima? Irwansyah pun menjadi 'pencinta wanita'! Apatah lagi Inteam yang 'damba kasih' dengan 'nur syahadah' milik Far East. Semenjak itu, aku pun'diam-diam jatuh cinta' macam Ramlah Ram. Aku paling tergamam apabila Alif Satar menyapa aku dan berkata 'memang tak ada lelaki yang seperti aku' dalam mencari 'girlfriend' yang persis Arvil Lavigne. Oh! Adam 'Wo ai nie'. 'I want nobody, noboby but you' sebijik macam Wonder Girls. I can't imagine 'if I let you go' Westile! 'Swear it again' bahawa kau tidak akan 'izinkan ku pergi' macam Kaer.

Hari demi hari, waktu demi waktu, aku pun terleka bahawa sebenarnya 'demi masa' Raihan hanya untuk 'ikhlas' Ungu sahaja. Aku tak sedar bahawa Ungu hanya menganggap ku sebagai 'kekasih gelap' bukannya macam cinta Syahir yang 'luar biasa'. Ah! 'Kalau cinta jangan kacau' macam Alif Aziz dan Joanna yang tak pernah 'risau, risau, risau'. Alahai, bila exam 'just beat it' lah macam Micheal Jackson. 'Percayalah' pada Siti Nurhaliza bahawa examku gerenti 'flying without wings' punya macam Westlife. 'I still believe' pada Hayden Penattiere bahawa 'Khabi Kushi Khabi Gam' tetap bukan macam Taylor Swift yang 'fairytale'.Relakslah! Ramlah Ram sendiri percaya pada 'ketentuan'.

Tiba-tiba sedang aku 'mabok' bercinta macam Spider, Radja bilang bahawa 'benci bilang cinta'. Alamak! 'tipah tertipu' Ruffedge lah! Rupa-rupanya, 'behind the hazel eyes' Kelly Clarkson mahu melafazkan 'break away'. Dia mahu aku seperti Vanessa Hugdson yang 'breaking free'. Buat penat je 'i'm waiting outside the line' untuk Greyson Chain. Mengapa 'ruang rindu' Letto terhenti 'when there was me and you' dalam High School Musical? Memang sengaja DBSK mahu mencetuskan 'mirotic' kan? Dulu, TVXQ siap melafazkan 'Hi Ya Ya' lagi ketika beri 'balloon' dalam first date. Oh Adam Ahmad 'kau pergi jua, setelah cintaku kini membara'. Mengapa kita mesti seperti Syahir yang 'temui kebahagiaan dalam perpisahan'? Sepatutnya, jadilah macam Rafi Ahmad dan Ayushita 'jangan bilang tidak' kalau tak 'serasi' macam Nurul dan Ajai. Bunkface the mencetuskan 'diskriminasi' padaku! Kata Regina Spektor 'no need to say goodbye' tetapi kenapa tiba-tiba Greyson Chain 'unfriend' aku? Di manakah 'kasih sayang' Raihan? 'No,no.no' Westlife! Kini, 'hatiku milikmu' Neera hanya tinggal 'kasanova' stacy yang palsu belaka. 'I hate you' Prince. Apa kau kata pada Rossa? 'Aku bukan untuk mu'?

Saat ini ibu telah 'menanti di barzakh'. Aku rindukan 'belaian ibu' Hijjaz! 'Kau pergi, ku rindu di atas pemergian mu. Kita selalu bersama, kini kau tiada lagi' kata Rosma dan Khai dalam lagu baru untuk ibu. Betapa aku menjadi seperti Rabbani yang 'munajat' kerana 'sesal mendua' akibat cinta Klangit. Oh Irsyadee, 'taubat seorang hamba' kini yang menjadi amalanku. Aku mahu menjadi 'isteri solehah' Nazrey Johani dalam membina 'keluarga bahagia' macam Saujana. 'Bisikan nurani' ini telah mengajar aku tentang erti 'sebuah pertemuan' UNIC. Ibu! 'Aku Stacy' berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu. 'Demi waktu' Ungu ku berjanji akan 'menjaga hati' dalam ikhtilat seperti Yuvie dan Nuno. 'Wish you were here' bersama Avril Lavigne! 'Andai ku tahu' bahawa cinta Ungu ini hanya ibarat 'gerimis mengundang' bagi Slam sudah tentu aku 'putus' dengan Melda Ahmad. Sekarang, no more 'see you di IPT' macam UNIC! 'No money' Micheal Jackson untuk aku meneruskan hidup. Natijahnya, aku terpaksa 'mengemis kasih' Raihan seperti Aisyah yang 'bagaikan melukut di tepi gantang. Begitulah aku dalam hidupku' Mengapa cepat sangat 'matahari' Agnes Monica 'pudar' macam Rossa? 'Astarghfirullah' nyanyian Haddad Alwi kini meniti-niti di bibirku.

'Ku merindu' mu ibu seperti Ella dan Syah. Kini,'dambaan ku pilu' Khai hanya tinggal 'kenangan terindah' Samsoon sahaja. Oh Westlife! 'I can't beleive that I'm the fool again' dengan Adam dan Farah yang 'tak tahu antara dua'. Oleh sebab 'beleive me' Fort Minor lah, aku lupa pada Aisyah bahawa 'syurga itu di telapak kaki ibu'. Aku menyesal 'for the rest of my life' macam Maher Zain. Aku nak berubah!

Duhai sahabatku,
'kini dengarkanlah dendangan lagu tanda ingatanku kepada mu, teman' oleh Brothers.

Kesimpulannya..
'Wahai kawan-kawan. Mari sembah Allah. Wahai kawan-kawan. Mari ikut perintah Allah.'
'Wahai kawan-kawan. Marilah sembahyang .Wahai kawan-kawan. Itu pesan Rasulullah'
'Dengan bersembahyang. Hati jadi tenang. Jiwa jadi lapang. Dosa hilang Allah sayang'

Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sesiapa tidak terhalang kerana sembahyangnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah’’


Jom ikut pesan Raihan dan adik-adik Aeman. 'Mari bersembahyang'! 'Insyaallah' kata Maher Zain, jika kita menunaikan solat dan memelihara ibadah wajib itu, Allah akan meredhai 'ketulusan hati' kita seperti nyanyian Marshanda dan akan menjadikan kita 'anak soleh' seperti UNIC. Tidak mengapa jika kita hendak tiru juga macam Najwa Latif 'biar aku mencintaimu, meski engkau tak pernah tahu. Biar aku mencintaimu dalam diam atau pun bisu' namun hendaklah cinta itu seperti DeHearty 'tidak sekali dinodai nafsu, akan ku batasi dengan syariat Mu'. Hal ini kerana UNIC berpesan 'kerana batasan, adat dan syariat menguji kekuatan, ketebalan iman, insan yang berkasih'. Ingatlah sahabat akan pesanan Maher Zain 'So when the time gets hard there's no where to turn as He promises to you he always be there'. So, 'alhamdulillah. all praises to Allah' kerana kita masih diberi hidayah untuk sedar dan berubah.

Jadi tunggu apa lagi?
"LU FIKIRLAH SENDIRI" Assalamualaikum.
Sekian Terima Kasih =)                   

5 comments:

  1. hebat juga..semua tajuk lagu and artis awak tahu, tapi makna memang mendalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela hebat mana.. terpaksa la jugk. bukk lagu2 yg merapu2 sbb nk ssuaikn dgn word.. kih2~~ budk2 muda skrg ni especially yg bukn dlm linkungn biah solehah bukn igt sgt lagu2 nasyid.. so.. just want try to get into them..

      Delete
  2. peminat tegar artis2 dunia..hehe..tapi tahniah..entry yg bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat tegar artis dunia baru,sbb belum jumpe senandung indah di syurga..

      Delete