Inilah Masjid Hadhari di Jertih, Terengganu. Captured : Pakcik Google Location : Bumi Ulul Albab |
Bismillah..
Assalamualaikum
sahabat pembaca sekalian..
Hampir seminggu kita
menjalani hidup dalam tahun baru ini..
Panjatlah setinggi-tinggi
syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi nafas kepada kita untuk menumpang
seketika di bumi Allah ini.
Fikirlah sejenak wahai
sahabat, kenapa Allah masih membiarkan kita terus bernafas di sini. Mungkin
Allah mahu memberi peluang kita bertaubat sebelum daun yang tertulis nama kita
gugur di luh mahfuz. Ataupun, Allah sengaja membiarkan kita makin kufur dengan
kesenangan yang diberikan olehNya??
tanpa kita sedar bahawa segala kesenangan itu adalah ujian dari Allah!
Astagfirullah.. sama-samalah kita bermuhasabah wahai sahabat. Sesunggunya Allah
itu Maha Penyayang. Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya terasa bahangnya
api neraka itu. Dia telah memberi peringatan dan jalan yang lurus untuk ke
syurgaNya. Hanya orang-orang yang malap hatinya buta daripada melihat jalan
itu.
Alhamdullillah..
Hati ana mula mesra di
sini. Entah kenapa. Pada tahun lepas hati ana hampir tiada bersama jasadnya di
sini. Ingin sahaja ana bersama hati itu. Terbang jauh dari sini. Haihh.. tetapi
apakan daya, ana bukan ‘superman’ .. hehe.. sempat melawak pula.
Sebut pasal amanah,
ana jadi orang yang sangat takut akannya. Apatah lagi ana sering diberikan
kepercayaan untuk memikul itu dan ini sejak dari sekolah menangah. Pujuk hati..
ini semua adalah proses pentarbiahan diri. Ana pikulkan juga amanah itu. Hanya
kepercayaan yang menjadi kekuatan buat ana. Ini juga adlah latihan supaya ana tidak
menjadi seorang daie yang manja – (teringat kata-kata seorang akhawat)
Kepada para sahabat
yang sedang memikul amanah, samada berat atau ringan. Ana doakan supaya
diberikan kesenangan buat kalian semua. Rabbi Yassir Wala Tuassir.. Amin..
Hakikatnya, semua
orang mempunyai amanah. Jangan ingat yang mempunyai jawatan sahaja terikat
dengan kerja-kerjanya, bahkan yang tidak dipikulkan dengan jawatan-jawatan
tertentu mempunyai amanah yang lagi besar iaitu menjaga diri. Menjaga diri itu
merangkumi aspek dalaman juga luaran. Buka muka dan badan sahaja yang perlu
ditelek setiap hari. Hati juga. Kerana hati itulah menggambarkan kecantikan
keseluruhannya.
Inn Syaa Allah..
"Sesunggunya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, bila baik daging itu, maka baik lah seluruhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruhnya. Ketahuilah daging itu ialah hati.."
Bertanggungjawablah ke
atas hatimu sahabat!
Wallahulam..
Semoga bermanfaat!
Salam ukuwwah dari ana,
Mawar Berduri
No comments:
Post a Comment