Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah.
Ummah semakin berpecah belah, berterabur seperti buih-buih di lautan.
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,Sahabat bertanya lagi,”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Ana sedih.. sedih.. sedih.. Ana percaya ramai lagi yang sedih, marah, kecewa, pilu atas penderitaan yang berlaku ke atas saudara se aqidah kita di Mesir sana. Ana tidak mampu nak buat apa-apa.. hanya boleh menadah tangan memanjatkan doa dan meniupkan roh jihad kepada mujahidin mujahidah di sana... ameen..
credit to |
KISAH SINI DAN SANA
credit : HUSNA
Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.
credit |
Kita di sini tidak mampu mengangkat senjata mahupun berada di barisan hadapan untuk berjihad.. tetapi kita ada senjata yang paling ampuh iaitu DOA. Ayuh, berdoalah! Mereka di sana memerlukan doa kita..
LAFAZ DOA QUNUT NAZILAH
“ | اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان. | ” |
- Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
“ | اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك | ” |
- Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
“ | يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين | ” |
- Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
“ | اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم | ” |
- Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
“ | اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك | ” |
- Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
“ | اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار | ” |
- Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
“ | وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين | ” |
Menulis dari hati untuk Jundullah(tentera-tentera Allah)
amin ya Allah ..marilah kita mendokan mereka di sana .. ya Allah kau lindungi dan cekalkan hati mereka yang menegakkan ke jalanmu ya Allah
ReplyDelete