Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam satu Ummah..
Mari kita berdoa sejenak,
Ya Allah, sampaikan salam rinduku dan cintaku kepada Rasullullah s.a.w
Ya Allah, aku mahu tahu... siapa dia..
Pernah tak kita rasa sangat 'curious' nak tau siapa yang bakal jadi Mr/Mrs Right kita? Pernah tak rasa nak minta kat Allah, "Ya Allah, kalau boleh aku nak tengok muka dia sekali pun cukuplah dalam mimpi, nampak samar-samar pun takpela.. asal dapat tengok..". Pernah tak kita cuba nak bayangkan wajah Mr/Mrs Right kita... tetapi, Allah tidak menghadirkan dalam mimpi kita.. alih2 terbayang muka artis korea.. hahah >_< .. Berahsianya Allah dengan kita... Jodoh kita... Siapa dia... Itu rahsia Allah...
credit |
Ya Allah.. aku sememangnya sudah tidak berdaya lagi untuk menjaga hati ni..
Kita sudah sangat - sangat menjaga hati. Menjaga daripada terbitnya 'rasa itu'. Kita terlalu berjaga-jaga dengan 'rasa itu'. Terlalu berjaga-jaga. Tetapi apakan daya.. hati yang lemah ini tewas juga. 'Rasa itu' hadir juga singgah di hati. Semakin dihalau 'rasa itu', semakin dia melekat di hati kita sehinggakan kita rasa mahu menjerit sahaja kerana berasa sangat rimas dengan 'rasa itu'. Kita mengadu pada Allah, "Ya Allah, rasa apakah ini? Rasa ini membuatkan diri ini berasa sangat berdosa". Kita tertanya-tanya, "Apakah aku berdosa kerana mempunyai rasa ini?". Sehinggakan kita menangis teresak-esak sambil berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku mohon... hilangkanlah rasa ini... aku sudah tidak berdaya lagi untuk menjaga hati, Ya Allah aku serahkankan hatiku ini untuk Engkau jaga, jika aku yang menjaganya kelak aku akan merosakkannya..." Syahdu doa kita itu penuh dengan keikhlasan dan rasa berdosa. Hanya Allah yang benar-benar mengetahui bagaimana hati kita ini...
‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’ al Maidah, ayat 7
Ya Allah.. adakah aku berdosa kerana adanya 'rasa itu'?
Kerap kali soalan itu ditanya. Jawapannya mudah. 'Rasa itu' fitrah. Yaaa... fitrah... lega sudah hati ini dan mula memikirkan yang kita bukan pendosa jika mempunyai rasa itu tetapi ingat!! Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah, ingin dicintai itu fitrah. Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul, ia mulia. Jika dialir dengan aliran yang salah, ia hina.
credit |
Ada yang tanya, macamana nak hindarkan cinta?
Jawapannya, banyak caranya kalau nak hindarkan cinta. Kalau orang itu bukan manusia lah..heh...
Mana boleh hindarkan cinta..!! Sebab, cinta itu fitrah bagi setiap manusia! Jangan hindarkan ia sebaliknya salurkan kepada yang hak, seperti dalam lagu UNIC - Atas Nama Cinta :
Diatas nama cinta….Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan…Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan…Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya
Ya Allah, kawal lah rasa ini agar tidak mengatasi rasa cintaku pada-Mu
'Rasa itu' memang sudah tidak boleh ditepis tetapi tak kan kita mahu menerimanya sahaja tanpa tapisan. Antara
cara untuk mengawal cinta adalah janganlah izinkan diri ini jatuh
terlalu dalam dengan cinta yang sememangnya sudah menjadi fitrah andai
dirasakan diri belum tiba masanya. Tundukkanlah pandangan bagi sesama
bukan muhrim untuk mengelak panahan syaitan. Menjaga pergaulan
(ikhtilat) agar tidak ada ruang untuk syaitan menghasut. Bak kata Ustaz
Atlizan “ jangan dilayan perasaan itu, sibukkan diri”, paling tidak, beristighfarlah ketika teringat kepada si dia. Dan paling penting adalah berDOA. Doa itukan senjata terhebat kita, kurniaan dari Allah SWT. Berdoa kepada Tuhan yang memberikan perasaan cinta. Agar, kita dapat dijauhi cinta yang fana.
Ya Allah, dengarkanlah bicara hati hamba - Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah
Yang Maha Mendengar
“Ya Allah, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.”
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.”
Ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir/Al-Mukmin: 60)
Amin Ya Rabbal A'lamin...
p/s : Kepada Mr Right yang berada entah di mana, jaga diri dan hatimu.. kerana aku juga sedang menjaga hati ini untuk..... untuk Allah.. - bukan utk kamu ae, jgn perasan :P -
Menulis dari hati untuk KAMU
Allahurabbuna..Hanya doa yg mampu dititipkan buat bakal suami,,bersabarlah dalam menjaga hati.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih menulis coretan di atas. ia sering berlaku pada diri saya. Allahurobbi.. jagalah hatiku untukMu :')
ReplyDelete-Nazatul Shima masri-
^_^
ReplyDeleteOrang rasa orang ni philophobia la Husna.
ReplyDeleteBoleh member member, tapi takut nak further.
takde keberanian.
Entah,
member cakap,
kalau tak serius dari sekarang, nanti menyesal.
Entahlah.
Tak nak fikir boleh?
nice entry :D
ReplyDeleteKata-kata yang tulus dari hati, saya juga merasakan hal yang sama, ..... #JagaHati
ReplyDelete