Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan salam satu ummah...
Haaa.. nampak tak tajuk tuh?
Haaa.. nampak tak tajuk tuh?
Sebelum tu ana nak credit hasil tulisan ni kepada sahabat ana
Tulisan ni 100% dari dia, bukan dari ana..
Sebab ana malas nak kupas pasal isu nikah kahwin nih..
Siapa nak baca tentang kupasan ana boleh lihat entri2 lelama.. heheee ^_^
ana update ni pun sebab ada yang tanya pendapat ana tenang kahwin muda, kahwin awal, kahwin ketika belajar.. dan sewaktu dengannya..
Sahabat ana ni...
Dia kupas pasal kebaikan-kebaikan yang dia dapat kalau kahwin muda
-ada keburukan tak ehk? heeee-
Kepada sahabat ana nih.. semoga dipermudahkan urusan awak ;)
Ok.. Jom baca!!
----------------------------------------------------------------
Tulisan ni 100% dari dia, bukan dari ana..
Sebab ana malas nak kupas pasal isu nikah kahwin nih..
Siapa nak baca tentang kupasan ana boleh lihat entri2 lelama.. heheee ^_^
ana update ni pun sebab ada yang tanya pendapat ana tenang kahwin muda, kahwin awal, kahwin ketika belajar.. dan sewaktu dengannya..
Sahabat ana ni...
Dia kupas pasal kebaikan-kebaikan yang dia dapat kalau kahwin muda
Kepada sahabat ana nih.. semoga dipermudahkan urusan awak ;)
Ok.. Jom baca!!
----------------------------------------------------------------
Kahwin muda merujuk
kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk
memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi
belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun
ibubapa. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek
kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut
dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika
dipertimbangkan hal
ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan
kebaikannya:
1. Sudah ada yang
berkenan di hati.
Untuk pengetahuan
abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian
saya kepadanya.
Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya
baik,kuat agamanya,mempunyai
ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang
yang bijak dan yang
paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang
isteri yang baik dan
juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa
perlu ditangguhkan
lagi kan?
2.Ingin menjaga
mata,hati dan
kemaluan
Mama dan abah yang
dikasihi, memang perkahwinan
ini bukan satu ruang
untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima
hakikat penciptaan
manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu.
Setinggi mana iman
saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan
diri dari zina
mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan
depan belakang saya
sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika
pernikahan ini
dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari
fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama
dan abah
bila mula-mula
kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan?
Bila dah ada orang
tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya
reka cerita. Ni
dalam quran pun ada sebut.
"Diantara
tanda-tanda
kekuasaan Allah
ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
di antara kamu rasa
kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum; Ayat:
21).
Ketenangan ini yang
saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan
bila ingin beribadah
dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus
dalam pelajaran bila
jiwa meronta-ronta.
4.Teman dalam
pelajaran
Abah dan mama risau
pelajaran saya akan terganggu bila saya
kahwin awal ye?
Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini
bukan matlamat hidup
saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya
menuju matlamat hidup
saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama
saya,memberi
sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang
lebih baik. Bukankah
ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal
pulak tu kan?:)
5.Teman dalam
kehidupan
Ini mungkin perasaan
peribadi dari diri
saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah.
Mungkin naluri ini
kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun
kita tidak boleh
bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik
beradik saya semua
sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa
sangat sunyi. Bila
datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat
memerlukan seseorang
berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia
saya. Namun sekrang
saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan
seorang teman. Teman
yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam
perjuangan
Kehidupan ini
merupakan satu perjalanan menuju satu
destinasi yang
abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini.
Saya boleh dan mampu
menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat
saya jatuh
tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya
ada seorang insan
yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan
teguh saya dalam
perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami.
Saya dalam
kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari
landasan,dia boleh
kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam
hari. Kami tidak
mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang
agama,bangsa dan
negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang
amat
saya cintai,masih
kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita
yang sangat besar.
Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda.
Habis
belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah
agama,beli harta
banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal
menjemput. Saya
bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina
ummah. Dan
perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir
50 peratus fokus
saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain.
Saya amat risau saya
gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu
kembali!
8.Remaja lebih
produktif
Produktif ini bukan
sahaja
merujuk kepada
zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh
slogan sebegini
“Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal
baru tau.”. Slogan
ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut
tempoh enjoy ini
saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi
faedah kepada diri
saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi
saya takut jika
dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.
Nauzubillah! Bila
saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan
perkara-perkara
“enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya
boleh fokus untuk
terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang
hakiki itu.Saya
takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat?
9.Menjadi lebih
bertanggungjwab
Semoga dengan
perkahwinan pada
usia muda ini
menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang.
Sekarang ini pun
saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Mama dan abah taknak
ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak
seorang remaja biasa
yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak
malam tanpa arah tuju
dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam
semata-mata untuk
menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan
jenis sebegini kan?
Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya
bermudah-mudah dalam
pelajaran saya. Ini masa depan saya.
Insyaallah,tanggungjawab
ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya
untuk berjaya dalam
pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang
soleh
Saya ingin berkahwin
awal ini pun bukan satu perkara
seronok-seronok,hanya
untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu
kerangka dalam
berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih
dekat dan taqarrub
dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini
menjadikan saya
lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang
taat. Bila Allah
cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua
ibu bapa, saya
sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup
untuk menjadi anak
yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak
sebegini? Doakan
saya menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih
matang
Berkahwin dapat
merubah hidup seseorang yang dahulunya
terumbang-ambing
kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama
rakan, membaca komik
atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang
lebih berfaedah dan
matang.
12. Membaiki diri
Ramai mengakui
turning point paling
penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana
mulai detik itulah
mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas
baran dan pemalas
semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si
isteri pula sudah
rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan
secara berjemaah
andai ada kelapangan masa.
13. Plan jangka
panjang
Jika berkahwin muda,
sudah tentu memperoleh cahaya mata awal.
Belum sampai waktu
persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai
kerana mereka semua
sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi
yang kukuh, dan
anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan
masa-masa yang
selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan
14. Seks yang lebih
berkualiti
Pastinya tenaga di
usia muda
lebih kuat
berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara
faktor utama
kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di
mana jika anda
berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan
untuk tidak
mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka
yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan
ialah kerana
kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan
rumah, lampin anak,
kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu
memukul kotak
fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya
melebihi apa yang
bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama,
dengan sendirinya
rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya
sedikit, tapi kelak
anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya
dan bepegang kepada
rahmat-Nya
Menulis dari hati untuk sedia dulu.. kahwin letak tepi dlu
yeahh. aisyah pun menggangap kawin muda bukan satu penghalang kpd mncapai kejayaan hidup. bnyak manfaat yang kita dpat. i'm the one yang bcadang nak kawin muda
ReplyDeletehuhuu.. semoga Allah permudahkan hasrat mulia aisyah... ^_^
Deletekomitmen tu penting terutama kepada bakal suami.. ada pasangan yang dah bersedia, tapi mendapat halangan drpd keluarga yg menganggap, "habiskan belajar dulu, baru boleh kahwin! "
ReplyDeleteyuppss.. parents lebih mengenali anaknya.. mungkin mereka rasakan anaknya belum cukup matang untuk kemudi bahtera rumahtangga?
Deletesumpah belum redi T.T
ReplyDeletehehe.. redi2kan diri anda... hohoo
Delete