Siapa sini yg 'girls' angkat tangan!!
- yg 'auuwww' tak termasuk ae-
Tahu tak? Wanita itu sangat indah dan ada banyak keistimewaannya lagi-lagi
wanita muslimah solehah wa mukiminah..
Tahu tak? Wanita itu sangat indah dan ada banyak keistimewaannya lagi-lagi
wanita muslimah solehah wa mukiminah..
credit |
Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
(Petikan lagu Impian Kasih by Inteam)
--dan--
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat pada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai
(Riwayat Ahmad)
ni ana lukis.. comeyy x? hehhe |
WANITA HIASAN DUNIA
BACALAH SEHINGGA HABIS ..
---Berbahagialah kalian---
::Seorang wanita solehah lebih baik daripada
1000 orang wali Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000
orang lelaki yang jahat.
:: Semua orang yang dipanggil untuk melihat
wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita
yang memberkati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia di dunia ini dengan
istiqamah (tetap).
:: Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih
baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil.
:: Wanita yang beri susu kepada anaknya dari
buah dadanya akan mendapat satu pahala dari setiap titik susu yang
diberikannya.
:: Apabila suami pulang dari rumah dalam
keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
:: Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan
tidur tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
:: Isteri yang melihat suami dengan kasih
sayang dan suami melihat isteri dengan kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang
dengan penuh rahmat.
:: Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di
jalan Allah S.W.T kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syuga 50 tahun
lebih awal dari suaminya dan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari.
Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki
kuda yang diperbuat dari permata Yaqut.
:: Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah S.W.T memberinya 12 tahun
pahala ibadat.
:: Wanita yang memerah susu binatang dengan
bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu doa keberkatan. Wanita
yang menguli/kamil tepung dengan "Bismillah" Allah S.W.T akan
berkatkan rezekinya.
:: Wanita menyapu lantai dengan berzikir dapat
pahala seperti menyapi lantai Baitullah.
:: Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat
kepada suami, Allah swt mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu
yang ia kehendaki.
:: Pahala bagi wanita hamil Seperti puasa pada
siang hari Sperti beribadat pada malam hari.
:: Wanita bersalin akan dapat pahala 7 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T akan beri
satu pahala haji.
:: Wanita yang bersalin itu meninggal dunia
dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati sahid.
:: Apabila seorang wanita yang menyusukan
anaknya yang menangis pada waktu malam dengan sabar dia mendapat pahala satu
tahun sembahyang dan puasa.
:: Kalau wanita menyuduis anaknya sampai cukup
tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa
syurga wajib bagi kamu.
:: Kalau isteri layan suami tanpa kianat dapat
pahala 12 tahun solat.
:: Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat
pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suaminya bila disuruh dapat
pahala 7 tola perak.
:: Wanita meninggal dunia dengan dapat
ke-redhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
:: Seorang wanita solehah lebih baik daripaa 70
orang lelaki soleh.
:: Jika suami mengajar satu masalah agama pada
isterinya dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
:: Seorang isteri yang menyambut baik
kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri padanya setengah
pahala jihad.
:: Allah S.W.T berkati dalam rezeki bila
seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
:: Allah S.W.T akan melaknati wanita yang
sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. Kepada wanita
yang tidak tutup aurat Allah swt berfirman "Hiduplah dengan apa yang kau
suka"
:: Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi
pahalanya ialah:- Seorang hamba yang tidak patuh pada tuannya.. Seorang isteri
tidak taat pada suaminya ..
:: Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan
suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah SWT akan
memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabillillah. Bila dia merasa
sakit ketika melahirkan anak, maka Allah swt tambah lagi pahala yang tidak
terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila dia melahirkan anak
dan menyusukan sendiri, maka setiap seteguk susunya Allah berikan satu
kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi anaknya yang kejap2
menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabillillah dengan ikhlas (HR Hassan bin
Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)
:: Mengenai layanan terhadap suami, Rasullullah
s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: "Mana-mana wanita
yang melayani suaminya meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya,
mengunting misainya, memotong kukunya, maka dia akhirat dia diberi minum oleh
Allah dari air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat
hendak mati) dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan
namanya dicatat sebagai orang yang terlepas dari siksaan neraka dan selamat
melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusah".
Menulis dari hati untuk mengajak enti jadi Muslimah Solehah
SubbhanaAllah!
ReplyDeleteberuntungnya kita dijadikan sebagai seorang wanita.
banyak kelebihannya. :)