Assalamualaikum dan salam satu ummah
Sedang ana jenjalan di alam maya -teehee-
Ana terbaca satu blog ni, tp ana lupa nama blognya apa..
-maafkan ana-
Then, I found what I need!!!
Ana kagum ngn dia (seorang blogger muslimah) mempunyai gaya penulisan tersendiri
-hmmmm, bila la ana nak ada bakat dalam penulisan dakwah ni :'( -
doakan ana
Strategi Menyentuh Hati
Sedang ana jenjalan di alam maya -teehee-
Ana terbaca satu blog ni, tp ana lupa nama blognya apa..
-maafkan ana-
Then, I found what I need!!!
Ana kagum ngn dia (seorang blogger muslimah) mempunyai gaya penulisan tersendiri
-hmmmm, bila la ana nak ada bakat dalam penulisan dakwah ni :'( -
doakan ana
Strategi Menyentuh Hati
Apaila kita mengulas tajuk strategi menyentuh hati sama juga maknanya dengan uslub dakwah atau dalam bahasa melayunya kaedah berdakwah. Setiap orang mempunyai usub dakwahnya yang tersendiri. Anda juga mempunyainya.
Ada yang mengunakan kaedah lembut lagi halus ketika menyampikan, ada juga yang menggunakan kaedah tegas, ada yang mengunakan pendekatan dengan penulisan, percakapan dan sebagainya. Terpulang kepada individu daie untuk memilih mana-mana medium asalkan apa yang 'meanings' yang disampainya itu dihadam penuh oleh mad'unya
----------------------------
Post kali ni sy nak share sedikit perkongsian dr us.Pahrol
Juoi semasa seminar bagaimana menyentuh hati. Tajuknya mcm kat atas tu, Strategi
Menyentuh Hati. J
Mula2 skali, ustaz kata, dlm penulisan dakwah, ada 3 perkara
penting.
1-
Tulisan dakwah kita mesti difahami
2-
Tulisan dakwah kita mesti diingati
3-
Tulisan dakwah kita mesti boleh orang bertindak,
maksudnya orang akan lakukan apa yg kita dakwah.
Nak ajak manusia bertindak , kita mesti menyentuh hati
Dan utk menyentuh hati, mesti gunakan dakwah dan tarbiyah.
~ Dakwah dan tarbiyah
ini bermula dari diri seorang daie
Kita ambil contoh teladan teragung, Rasulullah s.a.w,
baginda ditugaskan Allah utk menyampaikan Alquran..sibhanallah, akhlak baginda
sendiri ibarat Alquran, jd senang bg ummat untuk menerima ajaran baginda.
~ keikhlasan itu yg penting
Dalam berdakwah,keikhlasan adalah perkara yg sangat penting.
Imam malik,ketika beliau mahu menghasilkan Al- Muwatta’ ,
ramai yang bertanya mengapa beliau nak hasilkan Almuwatta’, sedangkan pada
zaman itu telah banyak kitab Almuwatta’.
Dan jawapan beliau, ‘keikhlasan itu yang penting’.
Dan subhanallah ,kita boleh lihat sekarang, Al-Muwatta’ yg
kita kenali sekarang adalah dari Imam Malik.
~ untuk menyentuh hati perlu ada…
Keperibadian dan kepakaran
‘kebenaran yang disampaikan dengan keindahan , dapat menyentuh hati’
‘kebenaran yang disampaikan dengan keindahan , dapat menyentuh hati’
~ tips menulis dari hati ~
1-
Mesti disampaikan dgn keyakinan
Dua perkataan yang sama,disampaikan oleh
dua orang yg berbeza, impaknya berbeza.
Dalam berdakwah , elemen yg paling penting
ialah ‘body language’ iaitu 63% ..perkataan hanyalah tujuh persen, dan
selebihnya intonasi.
2-
Datang daripada ketaqwaan.
“orang yang tidak bertaqwa,kata-katanya
tidak akan memberi kesan” –saidina Ali
Andai kita bertaqwa, Allah akan membantu
orang untuk memahami dakwah kita kerana Allah adalah pembela golongan muttaqin.
Andai kita belum bertaqwa, tiru orang yang
bertaqwa.
3-
Menulis dengan mujahadah
Insyaallah, andai kita bermujahadah dlm
penulisan kita, maknanya kita pun menulis untuk diri kita, utk perbaiki diri
kita, insyaallah kita terlepas dari sifat munafik dalam berdakwah.
Kita buat baik,bukan kerana kita sudah baik, tetapi sebagai usaha
kita untuk jadi baik.
4-
Menulis dengan amalan
Untuk orang merasai dakwah kita, kita perlu
dulu merasai
Dan untuk merasai,kita perlu alami, dan
untuk mengalaminya, perlu dengan amalan.
Makna mudahnya kita buat apa yang kita tulis.
5-
Menulis dengan keikhlasan
Insyaallah, orang yang tulus akan lurus
lisannya.
Tujuan menulis perlu selari dengan tujuan
hidup, oaitu sebagai hamba dan khalifah.
Ramai orang yang memburu keperluan hidup
tanpa ada tujuan hidup.
Tujuan hidup perlu mengatasi keperluan hidup.
6-
Menulis dengan taubat
Kadang-kadang apa yang kita ajak orang buat,tp
kita tak buat lagi.
Kasang-kadang, ada juga yg kita seru orang
supaya meninggalkan dosa, sedangkan dosa itu kita masih lakukan.
Jadi, semasa menulis atau berdakwah, kita
menginsafi diri kita..bertaubat utk melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa
maksiat.
7-
Menulis dengan tawadu’
Dalam berdakwah, kita perlu ada sifat
kehambaan
Jangan kita merasai yang kita lebih baik dari
mad’u.
Itulah sedikt sebanyak yang saya boleh kongsikan.. utk lebih
luas skop, tukarlah perkataan menulis itu dengan berdakwah ..~berdakwah dari
hati ~.
Moga perkongsian ini berguna buat para daie di luar sana.
Insyaallah.
Wallahua’lam.
-------------------------
Menulis dari hati untuk hati
Menulis dari hati untuk hati
No comments:
Post a Comment