Wednesday 5 December 2012

‎~ Sayang, i love you ~


Credit to Mr. Google

cute tak?? hehe...



Panggilan, kalimah, dan ayat sebegini sentiasa di ucapkan oleh seorang lelaki kepada perempuan, atau perempuan kepada lelaki yang 'bercinta'..

sama ada 'bercinta' itu sebagai suami isteri atau 'bakal suami isteri' atau hanya sekadar 'teman tanpa niat untuk bernikah'..

wallahua'lam..

ada yang senang untuk mengungkapkannya, dan ada juga yang susah/kadang-kadang mengungkapkannya..

tetapi, apa yang lebih penting,

"apabila mengungkapkannya, maka ada tanggungjawab yang besar untuk ditunaikannya."

pilihan ada dua,

1- menjadi seorang yang 'melihat' cinta sekadar cinta, sekadar hiasan di bibir, sekadar 'kuntuman bunga' semata-mata..


2- menjadi seorang yang 'berusaha' menjadikan cinta sebenar-benar cinta, terutama di dalam mendapatkan cinta yang diredhai-Nya..

pilihan ke atas diri 'kita'..^_^

bukanlah tujuan atau motif post ini, untuk ;

--> mengajak manusia untuk bercinta sebagai 'couple', atau seumpamanya sebelum pernikahan,

--> tetapi untuk mengajak manusia lebih bertanggungjawab pada apa yang diungkapkan.

mungkin, manusia kini berpandangan,

apabila bersentuhan tangan, 'bersentuhan itu dan ini', barulah dikatakan 'kena bertanggungjawab'..

Tidak, tidak sebegitu,

ia bermula pada ungkapan di lidah lagi, pada ungkapan pada mula-mula perkenalan..

sebab itulah pesana Sayyidina Ali Karamallahu wajhah ; "lidah itu lebih tajam daripada pedang."

tajamnya pedang, boleh dilihat, maka boleh berhati-hati dengannya..

tetapi tajamnya lidah, sukar dilihat, dan ramai tidak menyedari sudah menghiris manusia lain dengannya..




dan, 






lidah kini banyak 'caranya', 'kaedahnya', dan antaranya adalah 'tulisan', sama ada di mesej hp, di facebook, dan seumpamanya..

ia juga adalah lidah..^_^

maka, berhati-hatilah apabila menggunakannya, untuk bercakap, untuk BERJANJI..

jangan bercakap pada perkara yang tidak mampu ditunaikan,
jangan bercakap jika ia boleh mengundang hirisan pada hati manusia,

bercakaplah pada perkara yang mampu ditunaikan, mampu membahagiakan manusia lainnya, dan mampu bertanggungjawab dengannya..

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ada mengingatkan kepada kita,

"ada segolongan manusia di hari akhirat kelak, berasa dirinya banyak amal ibadah kepada Allah, banyak 'harta kekayaan' berupa pahala yang dibawanya,

tetapi rupa-rupanya, 'harta kekayaan' berupa pahala, banyak amal ibadahnya itu, sudah diambil oleh MANUSIA YANG DIA ZALIMI sama ada yang disedari atau tidak sedari,

ini-lah golongan manusia yang malang dan miskin di hari akhirat."

subhanallahi wabihamdih, wallahua'lam..

mungkin, ungkapan 'i love you' bukanlah perkara yang besar untuk di bawa ingatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ini..

sedangkan ada perkara lain lagi yang lebih besar, seperti menipu, mengkhianati, mengumpat, menghina dan seumpama itu, yang dikatakan lebih besar dan lebih jelas dengan ingatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ini..

^_^

tapi, saya tetap mahu ingatkan..!!

pada sahabat sekalian, saudara sekalian, serta diri saya sendiri..

"apabila kamu mahu ungkapkan sesuatu perkara, fikirkanlah sedalam-dalamnya, apakah ungkapan kamu itu bisa kamu tunaikan dan bertanggungjawab dengannya,

jika tak mampu, jangan mengambil risiko dengan mengungkapkannya, kerana kamu mungkin akan menzalimi manusia yang lain..

dan,

jika kamu tak mahu hatimu disakiti, jangan kamu sakiti hati orang lain.."

dan, tentang 'i love you'..

jika sudah diungkapkan kepada 'manusia terpilih', atau 'manusia pilihan', berusahalah bertanggungjawab dengannya..

sama ada tanggungjawab itu dengan berusaha untuk persiapkan pernikahan dengannya, atau menemui ibu bapanya, atau seumpamanya..

berusahalah bertanggungjawab dengan apa yang 'kamu ungkapkan'..

jika sudah diungkapkan tetapi kamu tidak berniat pun untuk bertanggungjawab dengannya, sekadar gurauan atau 'kehidupan kamu sahaja',

maka segeralah mohon maaf padanya, dan mudah-mudahan dia maafkan kamu, amin..

catatan : saya bawakan hal ini sekadar nukilan peribadi, sekadar luahan dari hati..

setiap manusia, ada kisah cinta masing-masing, persoalannya, bagaimana 'kamu memilih untuk membina kisah cinta kamu', sama ada ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan..




Credit to Rusydee Artz



Credit to http://yuyunemarcello.wordpress.com/
tetibe je nak letak.. hehe.. anyway cute an pelamin nih?? 


wallahua'lam.. via-abe tajudin

1 comment: