Friday 4 January 2013

Ini Amanah!!



Inilah Masjid Hadhari di Jertih, Terengganu.
Captured : Pakcik Google
Location :  Bumi Ulul Albab


Bismillah..
Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian..
Hampir seminggu kita menjalani hidup dalam tahun baru ini..
Panjatlah setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi nafas kepada kita untuk menumpang seketika di bumi Allah ini.

Fikirlah sejenak wahai sahabat, kenapa Allah masih membiarkan kita terus bernafas di sini. Mungkin Allah mahu memberi peluang kita bertaubat sebelum daun yang tertulis nama kita gugur di luh mahfuz. Ataupun, Allah sengaja membiarkan kita makin kufur dengan kesenangan yang diberikan olehNya??  tanpa kita sedar bahawa segala kesenangan itu adalah ujian dari Allah! Astagfirullah.. sama-samalah kita bermuhasabah wahai sahabat. Sesunggunya Allah itu Maha Penyayang. Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya terasa bahangnya api neraka itu. Dia telah memberi peringatan dan jalan yang lurus untuk ke syurgaNya. Hanya orang-orang yang malap hatinya buta daripada melihat jalan itu.

Alhamdullillah..
Hati ana mula mesra di sini. Entah kenapa. Pada tahun lepas hati ana hampir tiada bersama jasadnya di sini. Ingin sahaja ana bersama hati itu. Terbang jauh dari sini. Haihh.. tetapi apakan daya, ana bukan ‘superman’ .. hehe.. sempat melawak pula.



Amanah!


Sebut pasal amanah, ana jadi orang yang sangat takut akannya. Apatah lagi ana sering diberikan kepercayaan untuk memikul itu dan ini sejak dari sekolah menangah. Pujuk hati.. ini semua adalah proses pentarbiahan diri. Ana pikulkan juga amanah itu. Hanya kepercayaan yang menjadi kekuatan buat ana. Ini juga adlah latihan supaya ana tidak menjadi seorang daie yang manja – (teringat kata-kata seorang akhawat)

Kepada para sahabat yang sedang memikul amanah, samada berat atau ringan. Ana doakan supaya diberikan kesenangan buat kalian semua. Rabbi Yassir Wala Tuassir.. Amin..

Hakikatnya, semua orang mempunyai amanah. Jangan ingat yang mempunyai jawatan sahaja terikat dengan kerja-kerjanya, bahkan yang tidak dipikulkan dengan jawatan-jawatan tertentu mempunyai amanah yang lagi besar iaitu menjaga diri. Menjaga diri itu merangkumi aspek dalaman juga luaran. Buka muka dan badan sahaja yang perlu ditelek setiap hari. Hati juga. Kerana hati itulah menggambarkan kecantikan keseluruhannya.
Inn Syaa Allah..

"Sesunggunya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, bila baik daging itu, maka baik lah seluruhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruhnya. Ketahuilah daging itu ialah hati.."

Bertanggungjawablah ke atas hatimu sahabat!
Wallahulam..


Semoga bermanfaat!
Salam ukuwwah dari ana,
Mawar Berduri

No comments:

Post a Comment