Sunday 16 June 2013

Kisah Seorang Pelari

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh dan salam satu ummah
-jawab jangan tak jawab-


First of all, ana nak minta maaf to all sahabat yang ramai menfollow ana dari Segmen-segmen yang sebelum ini  kerana buat masa ini ada tak dapat membalas kunjungan sahabat semua. InsyaAllah jika ada masa kelapangan dan internet yang baik ana akan melawat belog-belog sahabat yang kiut miut tuh -ceh bodek- sekali ngn follow lagi! Okeyss!! ;)


 KEHIDUPAN SEORANG PELARI.

Mula berlari...Step by step pelan-pelan.. tersungkur.. bangun balik, step laju sikit, jatuh lagi... haisshhh!... nak lari-lari anak pulak.. jatuh tersungkur siap luka berdarah lagi.. oucchh..     sakitnya!!.. bangun bersihkan luka.. sambung lari lagi.. nampak garisan penamat!! yeahh!! gembiranyanya!!.. dekat... yes,makin dekat dah ni! ... TIBA-TIBA, jatuh berguling-guling sampai terseliuh kaki! adoii.. xleh nak lari dah nih.. :( .. jalan pelan-pelan.. ramai org bagi semangat ada jugak yg mejatuhkan semangat siap booo~ lagi!.. ah lantaklah! .. akhirnya sampai ke garisan penamat!!! segala lelah telah terbayar!! ramai yang bersorak gembira meraikan kejayaan kita.. ada jugak yang wat muka pelik dan pikir kita men tipu. erk?! . dan ada jugak yg wat muka xde perasaan.. 






          'Kehidupan kita di dunia ini diibaratkan seperti pelari betul tak? Kita berlari bermula dari langkah pertama sehinggalah ke garisan penamat. Macam-macam yang terjadi dan banyak rintangan yang kita tempuhi. Kadang-kadang tepijak duri, kadang-kadang kena tolak ngan kawan sampai tersungkur, kadang kita sendiri yang tak cukup tenaga nak teruskan larian. Semua itu bakal kita rasa sepanjang larian yang sangat-sangat-sangat panjang dan sangat-sangat-sangat penat - banyak nye sangat husna-

Dan, apakah yang membuatkan kita terus belari??

Sumber Kekuatan!! Yes!! 

Siapa sumber kekuatan kita??

Allah yang bersifat dengan Al-Jabbar iaitu Maha Kuat. Dia-lah sumber kekuatan yang segala 
kekuatan apapun bersumber dari kekuatan-Nya. Laa haulaa walaa quwwata  illa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim...




Menulis dari hati untuk PELARI-PELARI PECUT








1 comment:

  1. begitulah kehidupan . walaupaun byk pilihan , kita tetap perlu lalui ujian dari Nya .

    ReplyDelete