Tuesday 1 October 2013

19th - Muhasabah Usia

Assalamualaikum dan salam satu ummah..


30 September 2013. Ana dan officially berusia 19 tahun.. huhu.. ^_^

Birthday kali ini.. xde mende yg istimewa pun.. -no suprise party~-
mungkin sekarang ni sume sibuk.. sangat sibuk!!.. termasuk ana...
dengan assignment/kerja-kerja pengurusan program/take part in program..
and.. many more...

Sibuk-sibuk pun jangan sampai lupakan urusan kita dengan ALLAH.
Sebab Allah jugalah yang mengizinkan kita dapat mem'beres'kan semua kerja-kerja kita.

Sabda Nabi diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:

“Perliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau.Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapai perkara yang sukar,”


MUHASABAH USIA KITA


     Apabila tiba Hari Ulangtahun, kita semestinya akan meraikannya dengan ucapan-ucapan panjangkan umur, 'suprise party', kek yang didekorasi indah dengan tulisan 'Selamat Hari
Lahir/Sanah Helwah'. memberi hadiah dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan dan membahagiakan kita. Lebih-lebih lagi jika disambut bersama sahabat-sahabat dan keluarga.

     Usia kita semakin bertambah ke semakin berkurang sebenarnya?? Dari tahun ke tahun angka usia kita bertambah dari 1 ke 2, dari 2 ke 3, dari belasan ke puluhan dan seterusnya sehinggalah pada suatu saat nanti usia kita tidak akan bertambah lagi. Hakikatnya, usia  kita semakin berkurang kerana jangka hayat kita di dunia ini telah di catat awal-awal lagi di Luh Mahfuz. Jika tarikh mati pada umur 80 tahun misalnya. Sekarng sudah berumur 40 tahun. Cuba kira berapa baki umur yang tinggal untuk hidup di dunia. Nah.. betulkan.. usia kita semakin lama semakin berkurang..

Kira umur~


     Selamat hari jadi, semoga panjang umur. Selalu kita dengar ungkapan ini, sekurang-kurangnya setahun sekali, dan selebihnya mungkin kita sendiri yang mengucapkannya. Perasan tak? Sebenarnya tak berapa betul ungkapan tu. Tak terasa, ke? Hari-hari kita makin dekat dengan kubur. Bagi mereka yang rumahnya jauh dari kubur, mungkin tak terasa sangat. Sebab apa? Sebab mereka tak nampak, jadi perasaan takut itu mungkin tak wujud. Bila ternampak kubur atau batu nesan, baru tersedar. Itupun kalau tersedar..… Bagi saya yang tiap-tiap pagi dan tiap-tiap petang melalui tanah perkuburan, sangat-sangat terasa. Baguslah bagi yang mengingati mati. Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga.



     Tarikh hari lahir itu perlu  dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan semua? Dah berapa kali khatam Al-Quran? Hutang dengan Allah, tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba-serbinya? Allah.. tepuk dada, tanya iman..

     Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan. Ada orang kata 'masa itu emas'. Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang hilang tiada galang gantinya. Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri. Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha, jangan berhenti untuk mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan.



Firman Allah yang bermaksud, “Demi masa, (Allah bersumpah) sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah Al 'Ashr 103, ayat 1~3)



     KERUGIAN yang dimaksudkan dalam ayat yang tersebut dalam ayat ini bermakna hilang modal, dan modal seseorang itu ialah umurnya. Dengan ini nyatalah bahawa manusia tidak terlepas daripada kerugian, kerana tiap-tiap satu detik yang berlalu dari usianya, kalau ia digunakan pada maksiat, maka tidak syak berlakulah kerugian. Dan kalau dihabiskan dengan perkara harus pun , maka itu kerugian juga, kerana habisnya tidak meninggalkan sebarang faedah yang dapat menolong bila dia MATI kelak. 



Dari ibnu Abbas r.a., Rasulullah saw mengingatkan dengan sabdanya, “Pergunakan lima perkara (waktu/masa) sebelum datang lima perkara yang lain. Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, waktu lapang sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang tuamu, dan kayamu sebelum datang miskinmu.” (hadis riwayat al-baihaqi)


Orang mukmin seperti semut, kata pepatah Arab. Kenapa orang mukmin itu dibandingkan dengan semut? Semut dalam bahasa Arab 'an-namlah'. Makna 'an-namlah' ialah bergerak. Semut akan bergerak saja, tidak pernah tengok semut tertidur. Kita pun mesti bergerak, akal bergerak namanya berfikir, darah mengalir ertinya sihat, mata memandang ertinya merenung dan mengkaji, jangan berhenti. Telinga mendengar maknanya prihatin dengan diri dan keluarga, anak-anak dan sekitar, termasuk juga sekitar antarabangsa dunia Islam.

     Bukan tidak boleh ketawa dan gembira ketika menyambut 'birthday'. Boleh, tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori. Marilah kita bergembira dengan umur yang bertambah seiring dengan itu amal pun turut bertambah supaya bahagia di dunia dan selamat daripada api neraka.



Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta!




nah kek untuk antum!!.. urmm.. agak-agak ade tak yang birthday sama dengan ana?


Menulis dari hati untuk Birthday tahun depan!!!






2 comments:

  1. Sanah Helwah Adik,
    Six days late.
    I hope the wish rhyme,
    though it pays me crime.

    Hue hue,

    May Allah bless you honey!
    Jejak jejak dewasa.
    Masih berkepala satu.
    Semoga matang. XD

    ReplyDelete
  2. sanah helwah ya ukhti,..moga bertambahnya usia anak Adam, maka bertambah dekatlah dirinya dengan kematian. moga dengan bertambahnya umur ini, menjadikan bertambahnya amalan yang mendekatkan lagi diri kepada Allah swt,..

    ReplyDelete