Thursday 5 December 2013

Sepi tanpa bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan salam satu ummah :)

Rasanya lama dah ana tak sharing something dekat blog ni..
-macam la ada org nak baca blog mu nih husna-

Kenapa tiada sharing?

Kerana tidak melakukan apa-apa aktiviti selain dari menjadi suri rumah sepenuh masa dan kaki online facebook, twitter, instagram
-sume ni boleh follow kat button sebelah ni yep (^.-) -


Ana tiada pengalaman untuk dikongsikan..

 

Mungkin banyak je ibrah-ibrah yang kita dapat sepanjang 24jam pancaindera kita berfungsi tetapi dek kemalasan akal kita untuk berfikir.  Maka hikmah-hikmah dari kejadian atau peristiwa yang Allah kirimkan pada kita hilang begitu sahaja.

Kerana apa?


Kerana kita malas berfikir..

Kita ada otak tetapi kita malas menggunakan akal untuk mengerakkan otak tersebut.
Tidak hairanlah, keluarnya mitos dari Albert Einstein yang mengatakan bahawa manusia hanya menggunakan 10% dari otaknya untuk berfikir.
-tentang mitos ini, ana tidak mahu bahaskan.. ambil ibrah daripadanya-


Allah suruh kita berfikir

Kenapa??


1. Penerangan kepada persoalan

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17)

2. Untuk menentukan kebenaran

"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)

3.Konsisten (Thabat) pada kebenaran

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An’am: 116)


4. Taqlid dengan ilmu

"Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…" (Surah al-Isra’: 36)



 rujukan ayat al-Quran tentang berfikir >> Klik sini


Kuncinya di sini ialah sikap kita. Sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu maklumat, pasti dia akan beroleh pengetahuan dan pengalaman baru. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang malas menyelidiki dan meneliti kejadian-kejadian alam yang menjadi salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Bukankah ilmu itu wajib dituntut oleh setiap insan yang bergelar Muslim?




Menulis dari hati untuk berfikiran positif ^_^





1 comment: