Wednesday 22 August 2012

Puasa Enam?? Pilihan di tangan ANDA!






Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Hikmah Dari Segi Kesihatan
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.
Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.
Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.
Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Konsisten
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.
Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haa!!...  ni saya nak bagi panduan kepada sesiapa yang da baca entri ini.. then mempunyai niat nak buat.. Alhamdullilah.. dapat pahala..(niat je baru, da dpt pahala..) Kalau buat lagi bertambah pahala.. Ni saya sertakan sedikit panduan untuk kalian.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa ENAM..
1. Niat
“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

2. Puasa

    Rukun dan syarat sah mengikut puasa Ramadan..



....dan.....

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.



PERINGATAN!!!! ( especially kaum hawa yang comel2 tu..)


Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 yea. Wallahualam. Selamat menjalankan ibadah....







No comments:

Post a Comment