Sunday 2 June 2013

Hot Issue : 'Buka' VS 'Tutup'?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh dan salam satu ummah

Ketika ana blogwalking di satu tempat yang teramatlah jauh.
 Ana terbaca satu post tentang ni
Seorang gadis bertanya soalan berbunyi begini " Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?"
Ikuti perbualan mereka :





Yang bestnya dialog 'muslimah' yang akhir tu "Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam". -perrggghhh, wakanabeb!-


 MENUTUP AURAT DARI MANA KE MANA?
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.



OH, GULA-GULA

Seorang perempuan kristian bertanyakan tentang aurat muslimah kepada seorang muslim, Lalu muslim tersebut mengeluarkan dua biji gula-gula dari poketnya. Sebiji gula-gula dibuka pembalutnya lalu dilemparkan ke tanah, sebiji lagi digenggamnya dan masih terbalut rapi dan kemas. Kemudian pemuda itu bertanya kepada perempuan kristian itu, "Di antara kedua-kedua gula-gula tersebut, mana satukah yang ingin kamu ambil dan makan?". Perempuan kristian itu membalas "Tentulah yang berada di gengamanmu, gula-gulanya masih bersih manakala yang itu sudah kotor dan berdebu".
Muslim itu membalas "Begitulah juga Islam memelihara kaum muslimah(perempuan islam) daripada kekotoran dan kejahatan yakni dengan melindungi mereka dengan aurat"




CERMIN DIRI

Ok, semua ada cermin di rumah kan? Cermin tu bukan sahaja untuk ber'make-up' mahupun mengira/memicit jerawat anda -itu tidak bagus-  . Cermin itu akan mentransformasikan diri anda menjadi muslimah sejati.. wowwww!

1. Pandang atas, bahagian kepala. Tudung. Labuh tutup dada depan dan belakang. Tak de bonggol ala-ala unta. -dilaknat Allah nanti-. Tudung tak jarang - kalau degil jugak nak pakai yang jarang-jarang tu, pakai inner dan passtikan inner tu cukup syarat!-

2. Pandang bawah sikit. Badan. Baju longgar dan tak jarang. Baju labuh sampai punggung. Lengan baju panjang kalau yang pakai handsock pun pakailah yang tak lekap kat tubuh -rasenya ade je jual kat kedai-

3. Pandang bawah lagi. Kaki. Seluar/Kain. Sekarang ni dah ramai yang bersopan pakai kain. Alhamdullillah,  tapi.. hmm.. pakailah kain yang tak jarang, yang tak ketat ala-ala duyung tersangkut, dan yang labuh. Seluar pun sama seperti syarat yang telah dinyatakan tadi.. hihi.




Menulis dari hati untuk Muslimah

6 comments:

  1. Terbaek la entry nie.. terutama jawapan bdk pompuan tu. Nice

    ReplyDelete
  2. saya juga pernah berhujah di fb tentang dakwah dgn org bijak pandai . ada saja jawapannya nak menghalalkan cara ...

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. ^^

    takde alasan untuk kita katakan bahawa kita tak tutup aurat sebab belum dapat hidayah lagi..
    hidayah itu perlu dicari :)

    ReplyDelete
  4. Memang best entry niy . mmg baik utk dbuat teladan :)

    ReplyDelete
  5. dakwah bil hikmah? err, betul ker term tu husna?

    tak semua boleh faham sindiran halus, atau trend sekarang sarcasm.
    ada yang prefer slow talk, cakap bebaik..

    hidayah ni kalau nak sentuh hati orang kejap je.

    jangan sampai sebab kata kita yang tak semengah menyebabkan orang lari makin jauh.
    huu..

    self reflect

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2.. saya tak cukup berhikmah, kena kutip lagi batuan hikmah di pasiran pantai, ececehh...

      reflect to me...
      -susah betul nak buat buat dakwah fardhiah dan umum sekaligus-

      Delete