Friday 6 December 2013

Wanita Hiasan Dunia





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu ummah




Siapa sini yg 'girls' angkat tangan!!
- yg 'auuwww' tak termasuk ae-
Tahu tak? Wanita itu sangat indah dan ada banyak keistimewaannya lagi-lagi
  wanita muslimah solehah wa mukiminah..

credit

Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
(Petikan lagu Impian Kasih by Inteam)

--dan--

"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat pada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai
(Riwayat Ahmad)



ni ana lukis.. comeyy x? hehhe



WANITA HIASAN DUNIA
BACAL
AH SEHINGGA HABIS ..
KELEBIHAN MENJADI WANITA

---Berbahagialah kalian
---



::Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

:: Semua orang yang dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberkati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

:: Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil.

:: Wanita yang beri susu kepada anaknya dari buah dadanya akan mendapat satu pahala dari setiap titik susu yang diberikannya.

:: Apabila suami pulang dari rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

:: Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

:: Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami melihat isteri dengan kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat.

:: Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah S.W.T kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syuga 50 tahun lebih awal dari suaminya dan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari permata Yaqut.

:: Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah S.W.T memberinya 12 tahun pahala ibadat.

:: Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu doa keberkatan. Wanita yang menguli/kamil tepung dengan "Bismillah" Allah S.W.T akan berkatkan rezekinya.

:: Wanita menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapi lantai Baitullah.

:: Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, Allah swt mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

:: Pahala bagi wanita hamil Seperti puasa pada siang hari Sperti beribadat pada malam hari.

:: Wanita bersalin akan dapat pahala 7 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T akan beri satu pahala haji.

:: Wanita yang bersalin itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati sahid.

:: Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis pada waktu malam dengan sabar dia mendapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

:: Kalau wanita menyuduis anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

:: Kalau isteri layan suami tanpa kianat dapat pahala 12 tahun solat.

:: Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suaminya bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

:: Wanita meninggal dunia dengan dapat ke-redhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

:: Seorang wanita solehah lebih baik daripaa 70 orang lelaki soleh.

:: Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

:: Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri padanya setengah pahala jihad.

:: Allah S.W.T berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

:: Allah S.W.T akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. Kepada wanita yang tidak tutup aurat Allah swt berfirman "Hiduplah dengan apa yang kau suka"

:: Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi pahalanya ialah:- Seorang hamba yang tidak patuh pada tuannya.. Seorang isteri tidak taat pada suaminya ..

:: Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah SWT akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabillillah. Bila dia merasa sakit ketika melahirkan anak, maka Allah swt tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila dia melahirkan anak dan menyusukan sendiri, maka setiap seteguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi anaknya yang kejap2 menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabillillah dengan ikhlas (HR Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)

:: Mengenai layanan terhadap suami, Rasullullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: "Mana-mana wanita yang melayani suaminya meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, mengunting misainya, memotong kukunya, maka dia akhirat dia diberi minum oleh Allah dari air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat hendak mati) dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas dari siksaan neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusah".



Menulis dari hati untuk mengajak enti jadi Muslimah Solehah
aja2 Fightingg!!








1 comment:

  1. SubbhanaAllah!
    beruntungnya kita dijadikan sebagai seorang wanita.
    banyak kelebihannya. :)

    ReplyDelete